Harian Metro

Diaz terkejut penjaring terbanyak

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

„ Penyerang Johor DT sudah kumpul 17 gol musim ini

Penggempur berbisa Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Jorge Pereyra Diaz semakin hampir untuk menjulang gelaran selaku pemenang anugerah Kasut Emas apabila sudah mengumpul 17 gol setakat ini.

Namun, Diaz enggan sesekali memikirkan soal anugerah itu, sebaliknya dia mahu memastikan pasukannya menang baki dua perlawanan Liga Super sekali gus mengekalka­n rekod tanpa kalah musim ini.

Pemain kelahiran La Rojas, Argentina itu mengaku terkejut apabila namanya menduduki senarai teratas penjaring terbanyak musim ini dan menegaskan semua gol berkenaan dilakukan secara berpasukan.

“Saya tidak jangka berjaya mendahului tangga teratas senarai penjaring terbanyak liga. Malah kehadiran saya dalam skuad Johor DT lebih terarah untuk membantu pasukan dan tidak pernah memikirkan untuk memburu status penjaring terbanyak.

“Saya akui agak terkejut tapi jika ada rezeki tidak salah untuk meneruskan usaha bagi meraih penghargaa­n selaku penjaring terbanyak dan merangkul Kasut Emas buat pertama kali dalam karier bola sepak saya.

“Masih ada baki dua perlawanan dan saya akan berusaha memberi persembaha­n terbaik apabila berdepan T-Team di laman sendiri, malam esok kerana selepas perlawanan itu, kami akan menjulang piala liga di depan

(gambar)

penyokong Johor DT,” katanya.

Turut memberi saingan perebutan Kasut Emas ialah pemain FELDA United Francis Forkey Doe yang mengumpul 15 gol selain rakan sepasukan Diaz, Juan Martin Lucero (13).

Diaz juga tampak lega selepas kerjasama rakan sepasukan memastikan Johor DT mencipta sejarah selaku pasukan pertama melakar hatrik kejuaraan Liga Super.

Malah katanya, kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala AFC juga dianggap hadiah paling bermakna selepas tidak bersama skuad itu ketika muncul juara musim lalu selepas menewaskan Istiklol FC dari Tajikistan 1-0.

“Dalam bulan ini, ada dua perlawanan amat penting buat Johor DT iaitu aksi menentang T-Team, malam esok dan separuh akhir Piala AFC menentang Bengaluru FC, Rabu depan.

“Persiapan yang lebih rapi harus dilakukan walaupun kami sudah menjuarai Liga Super. Bukan bererti saya tidak lagi perlu bekerja keras sebaliknya perjuangan tetap diteruskan,” kata Diaz.

 ??  ?? Saya tidak jangka berjaya mendahului tangga teratas senarai penjaring terbanyak liga. Malah kehadiran saya dalam skuad Johor DT lebih terarah untuk membantu pasukan dan tidak pernah memikirkan untuk memburu status penjaring terbanyak”
Saya tidak jangka berjaya mendahului tangga teratas senarai penjaring terbanyak liga. Malah kehadiran saya dalam skuad Johor DT lebih terarah untuk membantu pasukan dan tidak pernah memikirkan untuk memburu status penjaring terbanyak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia