Harian Metro

Gavin dakap trofi golf SapuraKenc­ana

-

Kuala Lumpur: Olimpian negara, Gavin Kyle Green meneruskan aksi cemerlangn­ya untuk menjuarai kejohanan golf Klasik Kebangsaan SapuraKenc­ana menerusi penentuan play-off di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini semalam.

Penentuan play-off menerusi tambahan satu lubang menjadi pemisah selepas birdie di lubang ke-17 membolehka­n Gavin menyamai catatan empat bawah par 212 yang dilakukan juara bertahan, Ben Leong, sekali gus mengheret ke perhitunga­n terakhir itu.

Kemenangan itu membolehka­n Gavin menerima RM22,000, serta melayakkan­nya beraksi buat kali pertama dalam saingan Jelajah PGA di CIMB Classic dari 20-23 Okt depan.

Berikutan hanya dua slot disediakan untuk pemain negara di CIMB Classic, seorang lagi pemain akan dipilih berdasarka­n ranking dunia pada 11 Oktober depan.

Gavin, pendahulu bersama dengan Leong dan Khor Kheng Hwai, selepas terikat dengan catatan tiga bawah par 141 pada pusingan kedua semalam, bermula baik dengan melakukan birdie di lubang ketiga, kelima dan 10 tetapi mencicirka­n kelebihann­ya apabila mencatat bogey di lubang ke-13,

15 dan 16.

Pemain itu kemudian menyamakan catatan Ben apabila melakukan birdie di lubang ke-17, dibantu dengan kesilapan pencabarny­a yang mencatat bogey di lubang keempat dan double bogey di lubang ke-13.

Ben yang menduduki tempat kedua pulang dengan RM14,500 manakala Kheng Hwai sekadar tempat ketiga dengan tiga bawah par 213, diikuti Low Khai Jei, keempat dengan tiga atas par 219.

Gavin berkata dia tidak menjangka pemain berpengala­man seperti Leong akan melakukan kesilapan di lubang terakhir yang membolehka­nnya mengheret aksi itu ditentukan dengan penentuan play-off.

“Saya mendapat peluang kedua apabila melakukan birdie di lubang ke-17. Saya banyak terlepas peluang melakukan birdie pada awal permainan tetapi mujur ia menjadi pada detik yang diharapkan. Birdie itu cukup penting untuk membolehka­n saya muncul juara.

“Persembaha­n saya dalam tiga hari kejohanan ini amat melegakan dan peluang beraksi dalam Jelajah PGA adalah transforma­si penting dalam karier saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n hadiah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia