Harian Metro

Bergantung pada situasi

- DARI MUKA 1

“Pada masa sama, saya tidak lakukan perkara itu setiap hari. Ada waktu tertentu saja apatah lagi kalau ia membabitka­n saat bersama keluarga. Kali pertama saya memuat naik gambar anak ialah pada Aidilfitri lalu.

“Jadi takkan untuk gambar keluarga wajah anak tak ada. Justeru, ingin dijelaskan saya bukannya tak nak berkongsi langsung tetapi bergantung kepada situasi,” katanya.

Menurut Lisa yang juga pelakon filem Ombak

Rindu ini, dia dan suami, Yusry sudah bersedia menerima situasi apabila gambar anaknya dikongsi dan dimuat naik semula pengguna laman sosial.

Namun, Lisa tetap dengan pendirian untuk tidak membabitka­n anaknya jika ada peminat yang mahu bergambar dengan mereka.

“Tak dinafikan memang banyak peminat yang mahu bergambar dengan kami sekiranya terserempa­k di luar. Saya okey sekiranya membabitka­n saya dan suami saja dan peminat pun faham perkara itu.

“Bagi mereka tak bergambar dengan Yahaira pun tak ada masalah asal saja dapat berjumpa dengannya. Seboleh-bolehnya saya mahu mengawal kuantiti gambar yang dikeluarka­n,” katanya.

DIDIK ANAK DENGAN ADAB DI MEJA MAKAN

Pasangan selebriti ini turut berkongsi mereka mula mendidik Yahaira mengenai adab berada di meja makan.

Perkara itu membolehka­n Yahaira memahami ketika itu adalah waktu makan dan bukannya sibuk dengan perkara lain seperti bermain telefon bimbit.

“Itu salah satu cara kami mengajar anak. Saya tidak mahu dia menganggap ketika waktu makan boleh bermain telefon bimbit dan saya mahu dia fokus pada makanan.

 ??  ?? Bagi mereka tak bergambar dengan Yahaira pun tak ada masalah asal saja dapat berjumpa dengannya. Sebolehbol­ehnya saya mahu mengawal kuantiti gambar yang dikeluarka­n
Bagi mereka tak bergambar dengan Yahaira pun tak ada masalah asal saja dapat berjumpa dengannya. Sebolehbol­ehnya saya mahu mengawal kuantiti gambar yang dikeluarka­n
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia