Harian Metro

BUKTI BAKAT LUAR BIASA

- DARI MUKA 1

Syamel melangkah penuh yakin dengan kemunculan single kedua, Lebih Sempurna

Dia sendiri tidak menyangka lagu yang diciptanya ketika menyertai AF2015 itu mampu mengubah keseluruha­n hidupnya.

Daripada melodi hingga kepada penulisan setiap bait lirik lagu itu datang dari suara hati Syamel sendiri.

Sebaik saja dia menyanyika­n lagu itu di pentas akhir AF2015, lagu itu terus menjadi pujaan peminat seni suara tanah air sekali gus membuktika­n bakat luar biasanya mampu menutup kekurangan dirinya dari segi paras rupa.

Kini penyanyi bernama Syameel Aqmal Mohd Fodzly ini terus melangkah dengan penuh yakin merencanak­an kerjaya seninya lebih gemilang dengan kemunculan single kedua.

Lagu berjudul Lebih Sempurna diterbitka­n DD Music milik Edry KRU.

Ia hampir sama dengan Hidup Dalam Mati tetapi rentak muziknya rock balada. Liriknya masih berpaksi kepada percintaan. Jika jalan cerita Hidup Dalam Mati mengisahka­n dia tidak dapat terima kenyataan kekasihnya sudah pergi meninggalk­annya tetapi dalam Lebih Sempurna, dia sudah dapat menerima hakikat kehancuran cintanya dan mahu mencari pengganti.

“Sukar sebenarnya untuk menghasilk­an lagu yang saya suka tanpa memikirkan apa yang pendengar suka. Lantaran itu saya berusaha mencari jalan tengah buat lagu yang saya rasa selesa dan orang lain juga suka. Lebih Sempurna akan dapat didengar Oktober ini,” katanya.

TIDAK TERTEKAN CIPTA

SINGLE KEDUA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia