Harian Metro

PANGLIMA MELAYU RENTAS DUNIA

-

Siri Semarak Bangsawan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus merancakka­n aktiviti seni teater tempatan.

Kali ini penonton dapat menyaksika­n Bangsawan Pelayaran Panglima Awang arahan Mohd Diani Kasian yang dipentaska­n Persatuan Alumni Teater Rimba Malaysia.

Diani yang lebih dikenali sebagai Kancil atau Bung Kancil bukan asing dalam seni teater kerana mendapat pendidikan puisi dan teater di Jakarta, Indonesia.

Dia kemudian mengajar teater dan puisi di Sekolah Menengah Pertama Islam Al-Azhar dan kemudian ke Sekolah Menengah Atas 3 Islam Al Azhar, Jakarta sebelum menubuhkan

Teater Adinda Jakarta, Teater Halaman Jakarta.

Diani seterusnya mendapat tawaran mengajar di Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi

MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Diani kini aktif sebagai pembimbing dan penasihat Kelab Teater Rimba UKM dan Pegawai Teater di Pusat Kebudayaan UKM.

Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca adalah naskhah sejarah yang diperturun­kan daripada generasi ke generasi.

Diani menyifatka­n dirinya beruntung kerana mempunyai barisan pelakon hebat yang mempunyai aura di pentas bangsawan iaitu Zulkifli Ismail, Juhara Ayob, Yusmar Affendi dan Datuk Jalaluddin Hassan bagi pementasan bangsawan itu.

Selain itu, pementasan ini turut dibantu pelakon generasi muda seperti Filzah Azmi, Ain Sufiah, Marup Mustapah dan ramai lagi.

“Syukur kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Masing-masing mempunyai karakter lakonan tersendiri dan saya hanya memperbaik­i apa yang perlu.

“Menerusi struktur bangsawan, saya cuba tampilkan skrip yang ringkas dan babak yang padat. Ini perlu agar penonton tak bosan menyaksika­n teater ini,” katanya.

Bangsawan Pelayaran Panglima Awang mengisahka­n Sultan Melaka dan angkatan tenteranya berundur ke hulu Sungai Muar akibat tewas di tangan tentera Portugis.

Satu rancangan dibuat Panglima Awang membabitka­n Panglima Hitam, Tun Nyemah dan Tun Gayah untuk menyerang balas dan untuk mendapatka­n kembali lambang kebesaran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Pedang Cura Simajakini dan Keris Taming Sari yang dirampas Portugis.

Malangnya, rancangan ini menemui kegagalan. Panglima Awang dan

Tun Nyemah ditawan di atas kapal yang dikemudi Ferdinand Magellan.

Bertitik tolak daripada peristiwa itulah ia membuka lembaran baru dalam hidup Panglima Awang.

Atas kebijaksan­aannya, Panglima Awang diangkat menjadi orang kanan Magellan.

Dari Kota Melaka ke Goa di India, Lisbon, Seville dan beberapa tempat lain, pelayaran demi pelayaran ditempuhi, kembara merentasi benua sehinggala­h kembali semua ke Alam Melayu.

 ??  ?? ZULKIFLI memegang watak Sultan Mahmud
Shah.
ZULKIFLI memegang watak Sultan Mahmud Shah.
 ??  ?? JALALUDDIN sebagai Hang Tuah.
JALALUDDIN sebagai Hang Tuah.
 ??  ?? JUHARA berlakon sebagai
Tun Fatimah.
JUHARA berlakon sebagai Tun Fatimah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia