Harian Metro

‘Tidak sengaja’ jadi pelakon

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Tidak pernah terfikir dirinya bakal terbabit dengan dunia seni lakonan, pendatang baru Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 22, seakanakan tidak percaya kini dia seorang pelakon.

Baru saja menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Perniagaan dari Universiti Multimedia, Melaka, Dayang Areeda tidak menyangka dia boleh beraksi depan kamera.

Malah anak kelahiran Kudat, Sabah ini tidak menyangka dia boleh bersahaja apabila diminta beraksi di hadapan kamera.

“Sebenarnya selepas tamat pengajian saya tidak pernah terfikir akan terbabit dalam bidang lakonan. Semuanya berlaku secara kebetulan apabila menghadiri temu duga kerja di pejabat sebuah syarikat penerbitan.

“Saya memohon jawatan dalam bahagian pemasaran, tetapi mereka menyuruh saya berlakon di hadapan kamera.

“Ketika itu saya fikir mungkin ia antara syarat untuk bekerja di sana. Namun tidak sangka apabila menerima panggilan daripada pihak mereka, saya diminta hadir sekali lagi untuk uji bakat berlakon dan bukan sebagai pegawai pemasaran,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

Menggangga­p ia rezeki, Dayang Areeda mengakui

Areeda mohon jawatan di bahagian pemasaran tapi dipanggil

uji bakat

sebelum ini dia pernah berlakon dalam beberapa drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd.

Bagaimanap­un, dia tidak pernah menyimpan impian menjadi seorang pelakon malah bidang lakonan tidak pernah ada dalam cita-cita hidupnya.

“Ketika itu saya masih belajar dan bagi menghabisk­an masa lapang saya menghadiri uji bakat di produksi berkenaan. Tidak sangka saya diterima dan berpeluang berlakon beberapa drama. Namun saya tidaklah hendak serius.

“Pada waktu itu saya hanya terfikir untuk menghabisk­an waktu lapang yang ada saja. Jauh sekali hendak menjadi pelakon popular seperti orang lain,” katanya.

 ?? MEKAP: PAKAIAN:
FOTO ??
MEKAP: PAKAIAN: FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia