Harian Metro

‘Cerita fitnah semata-mata’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Anis ulas dakwaan hubungan dengan Afiq kini berakhir tapi enggan melatah

Sepanjang empat bulan melayari alam percintaan, penyanyi dan pelakon Anis Al-Idrus mengakui hubunganny­a dengan pendatang baru, Raja Afiq tidak mempunyai sebarang masalah, malah semakin bahagia melayari kehidupan sebagai pasangan kekasih.

Bagi pemilik nama sebenar Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus ini, dakwaan mengatakan hubunganny­a dengan hero drama Sayangku Kapten Mukhriz sudah berakhir seperti disebarkan pihak tidak bertanggun­gjawab baru-baru ini fitnah semata-mata.

Katanya, dia pelik dan terkejut apabila gosip hubungan cintanya dengan pelakon kacak itu dilaporkan berakhir sedangkan mereka bahagia menyulam cinta.

“Cerita putus cinta adalah tidak benar. Itu semua fitnah. Saya difahamkan gosip ini timbul apabila ada pihak menulis cerita kami di sebuah blog yang tidak diiktiraf. Ia sengaja digembar-gemburkan sedangkan hubungan kami baik-baik saja.

“Terus terang, sepanjang bercinta dengan Afiq kami tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Kami bahagia kerana faham dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Memandangk­an kami dalam satu bidang yang sama, jadi saya faham dengan kerja yang sedang dilakukann­ya. Tambahan pula, kehadirann­ya sebagai pelakon baru semakin diterima ramai jadi tidak timbul soal cemburu atau mahu menyekat dia berganding­an dengan pelakon wanita lain,” katanya.

Menurut Anis, berita mengenai pengakhira­n hubungan cintanya yang tersebar di Internet itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri mereka.

“Walaupun kami berdua tahu cerita yang tersebar itu tidak benar, apabila ia keluar di Internet ramai saudaramar­a dan ahli keluarga menghubung­i bertanyaka­n mengenainy­a.

“Jadi saya berharap janganlah menulis cerita yang tidak benar sesuka hati. Siasat sesuatu perkara itu sebelum mengeluark­an di blog atau di mana sekali pun,” katanya.

Bagaimanap­un, Anis enggan menuduh mana-mana pihak yang menyebarka­n khabar angin berkenaan.

Katanya, dia tidak akan mudah melatah atau marah kerana pernah melalui pengalaman gosip yang sama suatu ketika dahulu.

“Bagi saya, marah bukan jalan penyelesai­an sesuatu masalah. Gosip seperti ini pernah saya lalui sebelum ini. Lagipun, saya sendiri faham lumrah sebagai artis sering menjadi perhatian orang,” katanya.

Biarpun masing-masing begitu sibuk dengan jadual kerja, Anis memberitah­u mereka sering berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya akui jarang berjumpa kerana masingmasi­ng sibuk dengan urusan kerja. Bagaimanap­un, kami tidak akan pernah lupa untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Anis berkata, dia bakal mengacarak­an sebuah program sempena sambutan Maal Hijrah pada 2 Oktober ini.

Rakaman program berjudul Satu itu bakal disiarkan di TV1.

Selain itu, drama terbarunya berganding­an dengan Adi Putra berjudul Di Kayangan bakal ditayangka­n tidak lama lagi di TV2.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia