Harian Metro

Ary yakin JANJI PALSU

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Selepas menempa nama dengan band Klangit, Ary Hadre nekad untuk bergerak secara solo serta meneruskan perjuangan­nya di persada muzik tanah air.

Tidak hadir dengan tangan kosong, Ary kini mempertaru­hkan single terbarunya berjudul Janji Palsu sekali gus memperkena­lkan dirinya sebagai penyanyi solo.

Menurut Ary, single ini digubah sepenuhnya oleh

Adi Priyo yang juga penyanyi 6ixth Sense sekali gus menguji kemampuan tahap vokal dan menyerlahk­an kematangan­nya sebagai penyanyi.

“Saya yakin single baru ini akan diterima pendengar terutama peminat setia band Klangit dan akan menjadi lagu yang popular di stesen radio tempatan.

“Janji Palsu memiliki tarikan tersendiri kerana lirik lagu senang difahami serta berkait rapat dengan kehidupan seharian. Ia menceritak­an mengenai pasangan kekasih yang tidak jujur dalam percintaan dan selalu menabur janji palsu hingga mereka berpisah,” katanya.

Pada mulanya, dia bimbang untuk muncul dengan single baru kerana ia lagu pertamanya sebagai penyanyi solo.

“Bagaimanap­un, saya sangat teruja untuk mendapat maklum balas daripada peminat dan percaya lagu ini memiliki kekuatan tersendiri.

“Bagi saya, genre lagu ini popular sekarang dan saya tidak fikir susah untuk mempromosi­kannya kerana liriknya mudah difahami terutama kepada mereka yang pernah berdepan dengan masalah dalam perhubunga­n,” katanya.

Secara jujurnya, Ary yakin dengan kekuatan Janji Palsu kerana ia tidak terlalu jauh daripada lagu dendangan band Klangit sebelum ini.

“Proses rakaman single ini tidak begitu lama kerana saya bekerjasam­a dengan mereka yang lebih berpengala­man dalam bidang muzik. Seperti yang saya katakan, sebelum ini saya pernah bekerjasam­a dengan komposer ini semasa merakam album kedua klangit.

“Alhamdulil­lah, setakat ini, single ini mendapat sambutan memberangs­angkan walaupun tidak sampai sebulan single Janji Palsu di pasaran,” katanya.

MASIH BAIK DENGAN ANGGOTA KLANGIT

Walaupun sudah berpecah, Ary mengakui hubunganny­a dengan anggota Klangit masih baik seperti dulu.

Menurut Ary, dia juga tidak ada masalah untuk bekerjasam­a dengan Klangit pada masa hadapan.

“Selepas berbincang secara baik, kami sepakat untuk membawa haluan masingmasi­ng. Saya juga mengambil keputusan untuk keluar dari Klangit selepas menamatkan kontrak dengan syarikat rakaman Sony Music.

“Selepas itu, pihak Sony Music pula menawarkan saya untuk menyambung kontrak secara solo pula. Justeru, saya putuskan untuk meneruskan karier seni secara solo sekarang,” katanya.

Mengenai perancanga­n selepas ini, kata Ary, dia juga bakal merakamkan dua lagu tema projek filem baru tidak lama lagi.

“Ia masih dalam perbincang­an. Konsep lagu ini sama dengan band Klangit. Cuma ada penambahan dari segi muzik untuk memberikan kelainan kepada pendengar di luar sana.

“Semua artis mahukan kepuasan dalam berkarya tetapi bagi saya kepuasan peminat adalah paling utama. Jauh lagi perjalanan karier muzik saya dalam industri muzik untuk bersaing dengan penyanyi solo sedia ada.

“Cuma saya ingin mencari sebanyak mungkin pengalaman dalam industri untuk menghiburk­an hati semua pendengar di luar sana,” katanya.

Sebelum ini, Klangit pernah popular dengan single Sesal Mendua dan pernah mendapat Anugerah Platinum dari Sony Music. Single ini juga pernah mencatat kutipan jualan nada dering paling tinggi sebelum ini.

 ??  ?? Bagi saya, genre lagu ini popular sekarang dan saya tidak fikir susah untuk mempromosi­kannya kerana liriknya mudah difahami terutama kepada mereka yang pernah berdepan dengan masalah dalam perhubunga­n
Bagi saya, genre lagu ini popular sekarang dan saya tidak fikir susah untuk mempromosi­kannya kerana liriknya mudah difahami terutama kepada mereka yang pernah berdepan dengan masalah dalam perhubunga­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia