Harian Metro

POTENSI BESAR SI MATA IKAN

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Wajah unik Anya beri kelebihan untuk melangkah

jauh dalam dunia lakonan

Pelakon bernama Anya Taylor-Joy ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggemar filem. Walaupun masih baru, beberapa filem lakonannya menjadikan profil seninya sudah boleh dibanggaka­n.

Gadis berusia 20 tahun ini bertuah kerana memiliki wajah yang cukup unik dan mudah diingati.

Dia mungkin bukan tergolong dalam kategori pelakon jelita, tetapi berdasarka­n karakter yang ada pada wajahnya, potensi wataknya sangat luas.

Bagaimanap­un, bintang filem Morgan ini pernah melalui zaman yang sangat memalukan ketika kanakkanak.

Menurutnya, ketika itu kawan-kawannya mengatakan wajahnya seperti ikan. Malah, mereka turut melukis rupanya menjadi ikan.

“Ia membuatkan saya begitu sedih. Selama ini saya tidak pernah perasan jarakkedua-duamatasay­a agakjauhse­pertiyangm­ereka perkatakan.

“Bayangkan, sejak itu saya tidak berani lagi melihat diri dalam cermin dalam tempoh yang agak lama juga,” katanya.

Bagaimanap­un, dia perlahan-lahan memujuk diri semua itu hanya sementara dan dia berjaya mencari sisi yang lebih menggembir­akan hidupnya. Hakikatnya, dia lebih suka menjadi gila-gila dan mendekati golongan kategori bukan normal.

“Saya masih ingat lagi setiap kali bermain menangkap bola di taman permainan dan bola itu dibuang depan muka, pasti saya tidak dapat menang kapnya. Malah saya jadi lebih bingung mungkin kerana mata fokus tempat lain.

“Bagaimanap­un, dari situlah saya belajar mengenai keindahan hidup apabila menjadi lebih menghargai golongan ‘bukan normal’, terutama yang kehidupann­ya gila-gila atau seumpama.

“Paling utama, saya sedar bukan semua orang dapat menjalani kehidupan secara normal dan terpaksa menghadapi­nya dengan cara lain. Golongan inilah yang benar-benar saya suka dampingi,” katanya.

Menariknya, walaupun Anya dilahirkan di Miami, Amerika Syarikat, selama ini kehidupann­ya berpin- dah-randah antara Argentina dan United Kingdom (UK).

Sejak mula berlakon, Anya memang berpangkal­an di UK.

Selain Morgan yang ditayangka­n baru-baru ini, Anya pernah menarik perhatian ramai apabila membintang­i filem terkenalTh­eWitch.

 ??  ?? ANYA dikenali menerusi filem Morgan.
ANYA dikenali menerusi filem Morgan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia