Harian Metro

Rebus baju sebelum basuh

-

Guna teknik ‘masak’ supaya kotoran degil tanggal tanpa tinggalkan kesan

A Nithaya Nathan, 60 , berkata, dia menjalanka­n perkhidmat­an itu sejak 34 tahun lalu selepas mewarisi teknik mencuci pakaian daripada mendiang bapanya yang menjalanka­n perniagaan itu bagi menyara keluarga.

Katanya, masih ada pelanggan mendapatka­n khidmat mencuci pakaian disediakan­nya walaupun kewujudan dobi moden yang tumbuh bak cendawan di bandar raya itu.

“Kebanyakan yang menggunaka­n khidmat saya ialah pelanggan tetap atau kenalan kepada pelanggan terdahulu.

“Mereka menggunaka­n khidmat saya kerana kualiti. Pakaian yang kami terima akan dicuci dengan teliti menggunaka­n beberapa teknik khas terutama merebus baju,” katanya.

Nithaya berkata, teknik ‘memasak’ baju digunakan bagi memastikan kotoran degil pada pakaian seperti percikan minyak dapat dibersihka­n tanpa meninggalk­an sebarang kesan.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, kebanyakan pakaian yang perlu direbus dihantar pekerja bengkel membaiki kenderaan, pekerja katering dan buruh binaan.

“Setiap pakaian yang mempunyai kotoran degil akan direbus selama 15 hingga 20 minit di dalam kawah yang saya bina sendiri.

“Saya menggunaka­n beberapa bahan pencuci khas dalam air rebusan berkenaan. Ia akan direndam dalam air biasa selama satu malam,” katanya.

Nithaya berkata, keesokanny­a dia akan memberus pakaian yang direndam itu pada waktu tengah hari dan setiap pakaian yang siap dicuci akan terus dijemur bagi memastikan wangiannya kekal lama.

Katanya, setiap pakaian akan dijemur antara sejam hingga dua jam mengikut keadaan cuaca. Selepas kering sepenuhnya, pakaian itu akan terus digosok menggunaka­n seterika antik miliknya.

“Saya ada beberapa seterika yang diwarisi daripada mendiang bapa dan kebanyakan­nya berusia lebih 30 tahun. Selain itu, saya juga ada sebuah seterika khas menggunaka­n arang sebagai bahan bakar.

“Seterika antik ini lebih berat berbanding seterika moden sekarang. Seterika

 ??  ?? RUTIN harian Nithaya ialah melibas kain yang dicuci ke para simen bagi memastikan kotoran degil dapat dibersihka­n.
RUTIN harian Nithaya ialah melibas kain yang dicuci ke para simen bagi memastikan kotoran degil dapat dibersihka­n.
 ??  ?? KRISHAN membantu menggosok pakaian yang sudah kering.
KRISHAN membantu menggosok pakaian yang sudah kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia