Harian Metro

Berlantai buluh, berbumbung jerami

-

“Mereka tak kenal air paip, bekalan elektrik jauh sekali, apatah lagi televisyen, radio, kereta, pakaian cantik malah makin ramai anak Islam Kemboja hidup berselerak kerana ditinggal ibu bapa.

“Ketika memasuki rumah, kami terkedu melihat keadaan yang amat daif. Mereka tidur berlantaik­an buluh dan berbumbung jerami manakala anak kecil membesar dalam persekitar­an tidak sihat, kotor dan berdebu,” kata Norehan Ramli.

Katanya, sepanjang berada di Phnom Penh, banyak pengajaran dapat dikutip, sekali gus menyuntik keinsafan agar mensyukuri nikmat tuhan.

Pengarah Program Basiron Baba berkata, kembara empat hari itu dijayakan dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia dan dirasmikan Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek.

Katanya, Kemboja antara negara termiskin dan menerusi misi kemanusiaa­n itu, dana RM50,817 berjaya dikumpulka­n dalam tempoh sebulan hasil sumbangan badan korporat dan rakyat Malaysia yang prihatin.

“Dana ini digunakan untuk menyediaka­n 20 telaga, empat panel solar dan satu enjin pam angin bagi kegunaan harian penduduk di Kampung Seve Pokau, Kampung Wel Kangaw, Kampung Seway, Kampung Sip, Kampung Kokedau dan Kampung Klang Sbek.

“Setiap amal itu bermula dengan niat, kami ingin menyalurka­n bantuan ke Kemboja bukan sekadar tugasan sematamata tetapi atas dasar jalinan kasih dan keikhlasan menerusi aktiviti gotongroyo­ng memasak, sukaneka serta melawat tapak penempatan telaga dan panel solar disumbangk­an,” katanya.

Menyusuri kawasan desa terasa damai kerana pemandanga­n menghijau, namun selepas tiba ke kawasan telaga, hati tibatiba menjadi hiba kerana menyaksika­n kesusahan masyarakat­nya.

“Satu demi satu telaga kami lawati, namun tiada satu pun rumah yang kami kunjungi dapat menyaingi rumah penduduk miskin di Malaysia. Kami kagum dengan semangat mereka meneruskan hidup walaupun susah.

“Kami menghulurk­an bantuan kewangan di setiap rumah. Kegembiraa­n berganda ketika menyerahka­n sumbangan telaga apabila mereka cukup terharu,” katanya.

Menurut cerita penduduk, cetusan idea membina perigi pam itu bermula pada 2010 dan kini mencecah 500 buah, manakala peralatan solar untuk membekalka­n tenaga elektrik masih sedikit.

Sementara itu, Roslinda Othman menyifatka­n program ini benarbenar menyentuh hati apabila melihat cara kehidupan mereka.

“Setibanya di Kampung Pevekpong, kami disambut mesra dengan wajah penuh pengharapa­n, malah usaha mereka menyediaka­n makan malam terasa sayu. Bayangkan mereka bukan berduit tapi sanggup menjamu kami.

“Sebaik kami menghadiah­kan baju, gelagat mereka cukup gembira tak putusputus mengucapka­n terima kasih seolaholah mendapat sesuatu yang cukup berharga,” katanya.

Ahamad Helmi Zainal Abidin berasa bertuah dapat menimba pengalaman meninjau kesempitan masyarakat luar negara selain mengharumk­an nama Malaysia melalui pembanguna­n pendidikan diterajui UUM di persada antarabang­sa.

Program ini mengeratka­n hubungan antara Malaysia Kemboja dari aspek kemanusiaa­n dan kesukarela­wan selain memenuhi tanggungja­wab sosial.

“Pada malamnya kami bersama penduduk bergotongr­oyong menyiang daging dan menyediaka­n bahan mentah untuk kenduri yang dibiayai rakyat Malaysia.

“Orang Kemboja makan serangga iaitu cengkerik, belalang dan siput. Hidup mereka terlalu daif, anak tidak bersekolah. Tiada kemudahan elektrik dan air bersih khususnya masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani dan nelayan,” luahnya.

Jiwanya diruntun sayu melihat wajah penuh mengharap anak penduduk menanti mereka sehingga sanggup beratur panjang sematamata ingin mendapat alat tulis.

“Sambutan di luar jangkaan. Terlalu ramai kanakkanak datang berpakaian compangcam­ping membuatkan kami terbayang betapa bertuahnya anak kita,” katanya.

- Siti Fatimah Abdullah

Kemiskinan, kekurangan kemudahan cabaran hidup penduduk Kemboja

 ??  ?? SUKARELAWA­N UUM menyampaik­an sumbangan telaga kepada penduduk dalam Semarak Kasih Di Kemboja, Sejernih Air Di Kali
di Kampung Pevekpong, Kemboja.
SUKARELAWA­N UUM menyampaik­an sumbangan telaga kepada penduduk dalam Semarak Kasih Di Kemboja, Sejernih Air Di Kali di Kampung Pevekpong, Kemboja.
 ??  ?? ANTARA rumah penduduk yang berdinding­kan buluh di Kampung Pevekpong, Kemboja yang turut didatangi sukarelawa­n.
ANTARA rumah penduduk yang berdinding­kan buluh di Kampung Pevekpong, Kemboja yang turut didatangi sukarelawa­n.
 ??  ?? BASIRON (kiri) membantu seorang kanak-kanak yang ingin mendapatka­n air telaga.
BASIRON (kiri) membantu seorang kanak-kanak yang ingin mendapatka­n air telaga.
 ??  ?? PEMBERIAN alat tulis kepada kanak-kanak mendapat sambutan menggalakk­an.
PEMBERIAN alat tulis kepada kanak-kanak mendapat sambutan menggalakk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia