Harian Metro

HELAH SI TUBUH KURUS Gen.Y

- NOOR AZAM AB AZIZ 1-300-22-6787 SAMB: 4759

5 cara serlah imej selain memberi keyakinan untuk tampil lebih bergaya

Jejaka bertubuh kurus mungkin dicemburui kerana tiada masalah memilih saiz pakaian berbanding mereka yang mempunyai badan berisi atau bersaiz lebih besar.

Individu bersaiz sebegitu juga mempunyai kelebihan kerana lebih mudah menerima tawaran sebagai peragawan untuk agensi peragaan.

Namun, saiz badan yang terlalu kurus atau sinonim dengan gelaran kurus keding boleh memberi masalah kepada empunya badan kerana jika tersilap memilih pakaian, gaya mereka akan kelihatan serba tidak kena.

Jangan bimbang kerana Gen Y ada lima tip untuk menyerlahk­an lagi imej selain memberi keyakinan untuk anda tampil lebih bergaya.

1. ELAK PAKAIAN KETAT

Mereka yang berbadan ‘sado’ mungkin lebih sesuai dengan pakaian ketat atau ‘fit’ kerana ia akan menyerlahk­an lagi bentuk badan golongan berkenaan.

Namun, si kurus keding perlu mengelak baju yang terlalu ketat kerana gaya itu akan membuatkan anda kelihatan bertambah kurus.

2. PAKAIAN PUTIH BERCORAK

Kemeja berwarna putih bercorak grafik atau dengan kombinasi warna ‘wajib’ ada di dalam almari anda.

Bukan saja dapat menyembuny­ikan saiz tubuh anda yang terlalu kurus malah anda akan kelihatan sedikit berisi dan menarik.

3. ELAK BAJU-T LEHER ‘V’ ATAU BULAT

Lelaki bertubuh kurus selalunya memiliki leher jinjang. Justeru, elak memakai baju-T berleher V atau bulat kerana akan membuatkan anda kelihatan lebih kecil.

Sebaik-baiknya, pilihlah kemeja berkolar kerana ia akan menampakka­n dada anda kelihatan lebih bidang dan tegap.

4. DENIM TIDAK LONGGAR

Tidak dinafikan, lelaki bertubuh kurus agak sukar untuk memilih seluar denim kerana kemungkina­n ia longgar selepas beberapa kali dipakai agak tinggi.

Untuk lebih selamat, pilih seluar denim yang tidak terlalu longgar atau besar tetapi pastikan potonganny­a selari dengan paha dan kaki.

5. PILIH POTONGAN RAMBUT SESUAI

Selain pemakaian, gaya rambut juga perlu dititikber­atkan kerana ia boleh mempengaru­hi saiz tubuh anda.

Jadi, pastikan rambut anda sederhana panjang untuk mengimbang­i bentuk muka yang kecil atau cuba potongan rambut pacak.

Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek atau botak kerana penampilan sedemikian akan menampakka­n anda kelihatan lebih kurus.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia