Harian Metro

Diminati rakyat ‘musuh tradisi’

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Sejak memenangi pingat perak acara beregu campuran badminton di Sukan Olimpik Rio

2016 Ogos lalu bersama pasanganny­a, Chan

Peng Soon, populariti

Goh Liu Ying meningkat mendadak. Pengikutny­a di media sosial bertambah lebih sekali ganda daripada 180,000 ke 400,000.

Agak menarik, peminat Liu Ying bukan saja terdiri daripada kalangan rakyat negara ini malah menjangkau ke serata dunia terutama dari negara musuh tradisi Malaysia dalam badminton seperti Indonesia dan China.

Sesuatu di luar dugaan, walaupun tewas kepada pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad- Liliyana

Natsir di final Olimpik itu, Liu Ying berjaya memenangi hati penyokong Indonesia yang kini antara ratusan ribu pengikutny­a. Bijak menyusun kata dan sentiasa merendah diri. Secara dalamannya, dia mempunyai semangat ingin berjaya yang tinggi malah itu antara kelebihan anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini untuk menyinar dalam bidang perniagaan.

Dilahirkan dalam keluarga yang sememangny­a sebati dengan dunia perniagaan, anak bongsu daripada tujuh beradik ini berjaya membuktika­n usia bukan penghalang untuk seseorang itu mengecapi kejayaan diimpikan.

Pemilik nama Syed Idham Syed Shafie, 30, kini mampu tersenyum kerana pada usianya itu, dia berjaya memiliki empat cabang perniagaan berbeza atas usaha kerasnya di samping sokongan keluarga tersayang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia