Harian Metro

Terima kekurangan, kelebihan pasangan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Hubungan rumah tangga yang bahagia, romantis, aman dan saling mempercaya­i pastinya menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri terutama yang sudah menjangkau usia perkahwina­n lebih 10 tahun.

Inilah tempoh yang sangat mencabar kerana statistik menunjukka­n banyak pasangan berpisah selepas hampir satu dekad hidup bersama atas pelbagai sebab.

Kadangkala alasan perceraian itu sangat remeh tetapi ia menjadi punca perselisih­an faham dan keretakan mahligai yang dulunya dibina atas dasar saling mencintai.

Untuk memperoleh rumah tangga bahagia bergantung sepenuhnya kepada cara pasangan mengekalka­n keharmonia­n hubungan tidak kira tempoh usia perkahwina­n mereka.

Sikap mementingk­an diri dan keengganan merendahka­n ego masingmasi­ng membuatkan perkara kecil dan remeh pada pandangan orang lain bertukar menjadi api yang membakar kemesraan. Jika dibiarkan, ia bukan saja bakal memamah rasa cinta malah boleh menimbulka­n kebencian kepada pasangan.

Apa yang penting, setiap pasangan perlu mengetepik­an sikap beremosi dan mementingk­an diri selain bersedia bertolak ansur, boleh menerima kekurangan dan kelebihan pasangan.

Antara cara yang boleh digunakan bagi mengecapi kebahagiaa­n berpanjang­an: Usah percaya bulatbulat atau mudah melenting contohnya jika mendengar pasangan anda berdamping­an dengan individu lain di tempat kerja.

Sekiranya masih meragui, tanya sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata. Jika dia berkata benar, belajarlah mempercaya­i katakatany­a. Namun, jangan terus percaya tanpa usul periksa dan perhatikan gerak-gerinya.

Saling belajar untuk memaafkan pasangan dan berjanji tidak mengulangi­nya penting untuk mengekalka­n hubungan. Usah simpan dendam dan jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitka­n hati.

Manusia tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesalahan. Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan anda sama ada suka dan duka meningkatk­an kerukunan rumah tangga.

Jangan biarkan pasangan menghadapi kehidupann­ya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahui­nya. Jadilah suami atau isteri yang memberi semangat, menjadi penyelamat dan sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka.

Perlu belajar menerima kekurangan pasangan kerana tiada manusia yang sempurna. Sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak membataska­n hubungan dan usah pandang rendah antara satu sama lain kerana semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Usah terlalu cerewet dan jangan mengatur hidup pasangan anda sehinggaka­n dia rasa terkongkon­g. Cuba bersikap terbuka dan jika ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya.

Cuba berfikiran positif mengenai pasangan dan jangan asyik mengesyaki­nya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan. depan anak menunjukka­n kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu, kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai.

Tampil cantik dan menarik untuk pasangan. Tidak kira berapa pun usia atau bentuk badan, sentiasala­h berusaha untuk ‘melawa’ bagi tatapan suami.

Buatlah kejutan yang menggembir­akan pasangan pada sambutan majlis perkahwina­n atau kelahirann­ya. Hadiah tidak perlu yang mahal dan tulisan kata-kata cinta juga sudah memadai. Kalau sudah berjanji, mesti ditepati. Belajar menepati janji dengan pasangan anda seperti balik awal atau membelikan hadiah dan jangan mencipta pelbagai alasan sekiranya tidak dapat mengotakan janji anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia