Harian Metro

Coretan PENGALAMAN BANTU ORANG LAIN

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan dan sentiasa bersemanga­t berkongsi setiap ilmu serta maklumat menjadi faktor utama wanita ini terbabit dalam penulisan blog.

Pada masa sama, dia mengakui blog juga boleh dijadikan medan menambah kenalan dan berkongsi idea bukan saja dari dalam negara malah negara luar.

Ternyata selepas bertapak dalam dunia penulisan blog sejak 2012 dengan memaparkan kisah menarik mengenai pelanconga­n, produk terbaru serta lokasi makan yang menarik, nama blog Dikbee antara yang sering dijadikan rujukan khususnya kepada individu yang memerlukan maklumat berkaitan.

Semua itu hasil usaha keras dilakukan Hamizah Kamaruddin,

30, yang sentiasa berusaha memberikan penerangan terbaik mengenai sesuatu perkara khusus dalam bidang penulisann­ya.

Menurut Hamizah, hampir keseluruha­n perkara yang dimuatkan di blognya hasil pengalaman dirinya sendiri terutama mengenai lokasi pelanconga­n menarik atau sesuatu produk terbaru.

“Selain memberi penerangan secara terperinci, saya juga memastikan setiap gambar yang disertakan juga menarik bagi memastikan blog saya sentiasa kelihatan cantik tersusun dengan semua maklumat diperlukan.

“Disebabkan itu, saya menitikber­atkan kualiti sesuatu gambar sebelum dimuat naik kerana ia secara tidak langsung membantu pembaca untuk lebih memahami mengenai sesuatu perkara,” katanya.

Hamizah yang berasal dari Ayer Tawar, Perak itu berkata, dia pada mulanya tidak menyangka blognya mendapat perhatian pembaca kerana hanya memulakan bidang itu secara suka-suka bagi mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

“Selepas menerima sambutan yang baik terutama mengenai sesuatu produk baru juga lokasi pelanconga­n menarik, saya semakin teruja untuk menulis sesuatu yang dapat membantu orang lain.

“Bermula dari situ, saya tekad untuk serius dalam penulisan blog dan pada masa sama, bidang ini membantu menjana pendapatan untuk diri saya,” ujarnya.

Hamizah yang kini berkhidmat di sebuah syarikat kontraktor turut mengakui cara penulisan yang lebih santai dan penyusunan blog yang menarik membantu individu yang mendapatka­n maklumat di blognya.

“Saya pastikan setiap ayat digunakan itu mudah difahami, santai serta tidak terlalu formal bagi memastikan pembaca tidak bosan selain memastikan gambar yang disertakan juga menarik dan sesuai.

“Kini, selepas menyertai Pasukan

Projek Pelanconga­n, perkongsia­n di blog saya lebih memberi fokus kepada cerita mengenai lokasi pelanconga­n dan lokasi makanan menarik di seluruh Malaysia yang pernah saya lawati bersama ahli pasukan ini,” katanya.

Selain itu, dia masih memaparkan mengenai keberkesan­an sesuatu produk yang berada di pasaran seperti produk kecantikan dan kesihatan yang sudah dicubanya sendiri.

“Blog banyak memberi faedah kepada setiap individu selagi ia tidak disalahgun­akan terutama kepada penulis juga pembaca.

“Pembaca memperoleh maklumat dikehendak­i manakala penulis pula mampu membantu individu yang memerlukan maklumat, menjana pendapatan juga menambah kenalan,” ujarnya.

Hamizah turut berharap blognya akan terus memberikan maklumat diperlukan dan membantu setiap individu yang mahukan informasi tertentu berkaitan pelanconga­n dan sesuatu produk baru di pasaran.

 ??  ?? HAMIZAH berharap blognya dapat dimanfaatk­an pembaca.
HAMIZAH berharap blognya dapat dimanfaatk­an pembaca.
 ??  ??
 ??  ?? BERUSAHA membantu orang ramai melalui penulisan di blognya.
BERUSAHA membantu orang ramai melalui penulisan di blognya.
 ??  ?? HAMIZAH minat mendalam dalam bidang penulisan.
HAMIZAH minat mendalam dalam bidang penulisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia