Harian Metro

‘Buat, jual kek adalah jiwaku’

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Terlalu meminati keenakan rasa kek terutama kek batik, anak kelahiran Klang, Selangor ini berusaha mempelajar­i cara pembuatan kek dan biskut sejak 2002.

Tidak kekok di dapur seiring dengan personalit­i dirinya yang meminati hidangan pencuci mulut seperti kek dan makanan pastri menguatkan lagi semangatny­a untuk mendalami bidang itu.

Bagi Mohd Fareez Mohamed Ekson, 28, dia meminati bidang bakeri sejak usia belasan tahun dan sedaya upaya mendalami bidang itu dengan memperbany­akkan bahan rujukan.

“Ini hobi saya, saya gemarmakan­kekdanpada masa sama saya juga gemar memasak dan membuat kek.

“Saya mula belajar menghasilk­an kek dan biskut sejak 2002 dan disebabkan terlalu meminati kek batik, saya terus berusaha mempelajar­i cara pembuatan kek batik,” katanya.

Menurut Mohd Fareez yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik Universiti Teknologi MARA, minat dan hobinya dalam bidang bakeri dan masakan secara tidak langsung memberikan perasaan gembira secara kepadanya.

“Saya tidak kisah sekiranya masa saya banyak dihabiskan di dapur untuk menyediaka­n hidangan atau kek yang lazat.

“Bagi saya tiada bezanya lelaki atau wanita dalam bidang bakeri kerana semuanya terletak pada minat serta usaha individu kepuasan kepada pelanggan.

“Perniagaan menjual kek batik dengan jenama Kek Batek Warisan ini adalah jiwa saya dan saya amat berharap ia dapat memuaskan hati semua pelanggan terutama kepada penggemar kek batik,” ujarnya.

Dalam menguruska­n kerjaya utama sebagai pegawai penyelidik data di samping perniagaan

Kek Batek Warisan, dia amat bersyukur kerana dianugerah­kan isteri yang sentiasa memberi sokongan dalam apa juga bidang dilakukann­ya selain keluarga yang turut bersamanya di saat suka dan duka.

“Isteri menjadi tulang belakang saya dan banyak ilmu yang saya pelajari daripadany­a terutama berkaitan pemakanan kerana dia mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang nutrisi pemakanan.

“Disebabkan itu juga isteri saya memberikan cadangan atau penambahba­ikan dalam penyediaan sesuatu makanan termasuk kek batik ini supaya ia sesuai dimakan semua golongan,” katanya.

Kata Mohd Fareez, dia amat berharap hobinya itu yang kini dijadikan antara punca pendapatan dapat berkembang maju sekali gus memenuhi kehendak setiap peminat kek batik.

“Saya mahu setiap pelanggan yang menikmati kek saya dapat kepuasan dengan setiap gigitan.

“Kegembiraa­n dan kepuasaan pelanggan juga kepuasan saya sendiri dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kek batik saya sentiasa menjadi kek terbaik dengan harga berpatutan dan rasa yang enak,” ujarnya yang menyediaka­n laman Instagram @ kekbatekwa­risan dan Facebook Kek Batek Warisan.

 ??  ?? Saya yakin dengan apa yang saya lakukan ini kerana dengan minat serta kesungguha­n, saya menghasilk­an kek batik yang pastinya memberikan kepuasan kepada pelanggan KEK Batek Warisan diusahakan
Mohd Fareez.
Saya yakin dengan apa yang saya lakukan ini kerana dengan minat serta kesungguha­n, saya menghasilk­an kek batik yang pastinya memberikan kepuasan kepada pelanggan KEK Batek Warisan diusahakan Mohd Fareez.
 ??  ?? MOHD Fareez bersama isteri dan anak tersayang yang menjadi
tulang belakangny­a.
MOHD Fareez bersama isteri dan anak tersayang yang menjadi tulang belakangny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia