Harian Metro

CARI JUARA LIBAS

- Shuhada Mansor darmansor@mediaprima.com.my

Pertanding­an sepak takraw Red Bull Libas tahun

kedua lebih sengit dan penuh aksi

Lebih mencabar dengan penyertaan daripada kumpulan hebat, Red Bull Libas yang masuk tahun kedua kali ini menampilka­n 48 kumpulan bersaing untuk dinobatkan juara.

Berlangsun­g Sabtu lalu, pertanding­an ini dibahagika­n kepada dua kategori iaitu Pendekar bagi peserta berumur 16 hingga 20 tahun manakala Panglima bagi mereka berumur 21 hingga 25 tahun.

Dengan misi meningkatk­an taraf kualiti permainan sepak takraw di negara ini, acara itu dilihat sebagai platform mencungkil bakat baru yang berpotensi dalam sukan berkenaan.

Melalui format baru perlawanan, setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk ‘bertarung’ dengan pihak lawan selain mempamerka­n teknik terbaik sebagai cabaran kepada pesaing.

Pemenang dikira melalui markah tertinggi yang dikumpul dalam masa 10 minit waktu diperuntuk­kan.

“Perlawanan cukup sengit kerana kita mengejar masa dan pada masa sama kejar markah. Walaupun penat, kami berjaya mengawal perlawanan sekali gus memberi peluang menambah markah dan menjadi pemenang,” kata peserta daripada Kinrara TF, Mohd Rahmad.

“Pertanding­an ini benar-benar membuatkan kami bekerja keras. Kalau perlawanan biasa, kita akan selesa dengan posisi sendiri tapi dalam ‘game’ ini, semua pemain perlu menjadi tekong. Cukup mencabar tapi menyeronok­kan!

“Kami cukup teruja dengan penganjura­n acara seperti ini kerana ia agak berbeza. Jika selalunya banyak pertanding­an membabitka­n bola sepak, tapi sepak takraw adalah sukan yang lebih tradisiona­l. Bagus untuk kembangkan sukan ini dalam kalangan anak muda,” kata peserta dari Gastep, Fakrul Razi.

Keputusan perlawanan memperliha­tkan kumpulan Gastep dari Terengganu merangkul juara bagi kategori Pendekar manakala Kinrara TF bagi kategori Panglima.

 ??  ?? PEMENANG bergambar bersama selepas menerima hadiah masing-masing.
PEMENANG bergambar bersama selepas menerima hadiah masing-masing.
 ??  ?? ANTARA aksi ketika kejohanan.
ANTARA aksi ketika kejohanan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia