Harian Metro

Jasa SJAM dihargai

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Lebih 3.6 juta jam disumbangk­an kirakira 60,000 ahli St John Ambulans Malaysia (SJAM) ketika menawarkan perkhidmat­an kepada masyarakat setiap tahun.

Wajar dijadikan inspirasi seluruh rakyat Malaysia, sukarelawa­n St John layak digelar wira negara kerana memberi bantuan perubatan dan perkhidmat­an komuniti dengan penuh dedikasi.

Sempena sambutan

Hari Malaysia minggu lalu, Tune Protect, pembekal insurans digital terkemuka Malaysia bersama St John memeterai kerjasama dalam usaha menghargai nilai kesukarela­wanan dan kemanusiaa­n.

Usaha sama itu juga bertujuan memberi penghargaa­n kepada ahli St John yang sudah lama berkhidmat selain diharap menjadi langkah positif dalam menekankan kepentinga­n perlindung­an diri walaupun ketika berkhidmat untuk orang awam.

Bagi menghargai pengorbana­n sukarelawa­n terbabit, Tune Protect menyumbang­kan perlindung­an insurans Kemalangan Peribadi bernilai RM10 juta kepada St John.

Ketua Pegawai

Eksekutif Kumpulan

Tune Protect Razman Hafidz Abu Zarim berkata, sumbangan kepada golongan veteran sukarelawa­n St John bertepatan dengan peranan Tune Protect memberikan perlindung­an insurans komprehens­if secara mudah dan berpatutan kepada rakyat Malaysia.

“Tune Protect memahami kepentinga­n tugas digalas sukarelawa­n

200 sukarelawa­n St John terima polisi

insurans sumbangan Tune Protect

St John untuk masyarakat dan dedikasi mereka sehingga adakalanya terpaksa berdepan bahaya.

“Berpegang kepada nilai [Sehari Sejiwa’ sempena Hari Malaysia, kami berhasrat merakamkan penghargaa­n kepada mereka yang berkorban demi kesihatan, keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Malaysia,” katanya.

Tune Protect menawarkan enam pelan berbeza direka khas secara dalam talian seperti Tune TrIP (melindungi individu dan keluarga yang menggunaka­n penerbanga­n semasa melancong), Tune ProPA (pelan kemalangan peribadi selama setahun yang boleh diperbahar­ui), Tune EZ Term (perlindung­an keluarga untuk sebarang kejadian tidak diingini), Tune

Drive Care (melindungi pemandu dan/atau penumpang daripada kemalangan kereta),

Tune ProDent (Insurans Kesihatan Gigi Premium pertama di Malaysia) dan Tune Guard (pelan direka khas untuk melindungi kehilangan barang akibat kes ragut atau rompakan).

Seramai 200 sukarelawa­n St John menerima pelan Tune ProPA yang menawarkan perbelanja­an perubatan selepas kemalangan, elaun pendapatan hospital, hilang keupayaan kekal, kematian akibat kemalangan dan elaun perkabunga­n.

Ketua Komander SJAM Datuk Dr Low Bin Tick berkata, sumbangan itu cukup bermakna kepada ahli St John yang sering berdepan situasi mencabar dan bahaya ketika memberi pertolonga­n.

“Kami berasa sangat dihargai apabila diberi penghargaa­n ini dan membuktika­n khidmat kami diiktiraf kerana kebanyakan orang tidak menyedari St John bukan sekadar memberikan pertolonga­n cemas.

“Ini kerana kami turut memberi perkhidmat­an kecemasan di sepanjang lebuh raya utama ketika musim perayaan serta bantuan apabila berlaku kecemasan dan bencana alam,” katanya.

 ??  ?? DR Low (tengah) bersama Setiausaha Agung SJAM Datuk Yeo Kim Thong (kiri) menerima pemberian polisi insurans Tune Protect yang disampaika­n Razman Hafidz.
DR Low (tengah) bersama Setiausaha Agung SJAM Datuk Yeo Kim Thong (kiri) menerima pemberian polisi insurans Tune Protect yang disampaika­n Razman Hafidz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia