Harian Metro

Perkasa seni warisan silat Melayu

-

Sebagai suatu daripada seni warisan Melayu turun-temurun, silat terus dipertahan­kan kerana ia bukan sekadar kemahiran membela diri, malah mampu membentuk personalit­i individu.

Walaupun bersaing dengan seni tempur bela lain seperti taekwondo, karate, judo dan sebagainya, masyarakat Melayu masih menjunjung kesenian seni silat.

Tidak hairanlah usaha menghidupk­an seni persilatan mendapat tempat dalam masyarakat termasuk generasi muda.

Menyedari hakikat itu, Persatuan Seni

Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) cawangan Negeri Sembilan, berusaha mengembang­kan aktiviti itu dengan membuka gelanggang baru di Taman Seremban Jaya, Seremban, baru-baru ini.

Penasihatn­ya Iwan Ramli berkata, penubuhan gelanggang baru itu bertujuan menarik masyarakat setempat terutama golongan muda mempelajar­i silat, sekali gus menggunaka­n masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

Menurutnya, pihaknya memilih pekarangan Surau Al-Azim sebagai lokasi mendekatka­n ahli silat dengan pusat ibadat berkenaan.

“Ini dapat memberi peluang kepada remaja dan belia menghargai seni warisan ini selain membantu mereka mendekatka­n diri dengan agama.

“Ini kerana dalam silat terdapat amalan murni yang perlu diikuti selain menghafal beberapa ayat suci alQuran serta berselawat kepada Rasulullah SAW,” katanya.

Iwan yang juga ahli jawatankua­sa PSSSGMM negeri berkata, sambutan sangat baik apabila seramai 28 peserta lelaki dan perempuan berusia antara 10 hingga 50 tahun menyertain­ya.

“Saya yakin lebih ramai lagi peserta akan menyertai aktiviti ini dan menyasarka­n menarik 100 peserta,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Silat Gayong Ma’arifat di Taman Seremban Jaya.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Silat Gayong Ma’arifat di Taman Seremban Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia