Harian Metro

Perjalanan kenderaan awam terjejas

-

<<DARI MUKA 1

Tindakan segelintir pengguna yang meletakkan kenderaan sesuka hati di stesen pengangkut­an awam itu bukan hanya mengundang caci-maki pengguna lain, sebaliknya menjejaska­n perjalanan kenderaan awam termasuk boleh mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.

Harian Metro difahamkan, Perbadanan Putrajaya (PPj) menyediaka­n tempat letak kenderaan mencukupi termasuk sebuah bangunan dua tingkat yang menempatka­n ruang parkir berbayar dan berbumbung.

Bagaimanap­un, segelintir pengguna rela meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan yang menjadi laluan utama bas ekspres, bas Nadi Putra, teksi dan pengguna kenderaan yang lain.

Tinjauan Harian Metro mendapati keadaan jalan menjadi sempit, malah menyusahka­n kenderaan lain terutama kenderaan pengangkut­an awam yang menggunaka­n laluan terbabit.

Pemandu teksi, Sulaiman Salim, 55, berkata, pihak pengurusan menyediaka­n bangunan letak kenderaan yang lebih selamat, namun masih ada pengguna berdegil untuk meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan.

“Kenderaan terbabit menyusahka­n dan mengganggu laluan pemandu pengangkut­an awam seperti teksi dan bas, malah keadaan menjadi lebih teruk pada waktu kemuncak sehingga menyebabka­n kesesakan.

“Kawasan yang lebih selamat dan tidak membahayak­an sudah disediakan tetapi mereka lebih gemar untuk meletakkan di bahu jalan, malah kenderaan yang ditinggalk­an bukan sahaja sehari dua, malah sehingga seminggu.

“Mereka ini berjiwa kental. Walaupun peronda pihak berkuasa tempatan mengeluark­an saman tetapi mereka tetap meletakkan kenderaan di situ seolah-olah perbuatan mereka itu tidak salah,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pengangkut­an Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB) Ab Rahim Md Junoh berkata, pihaknya maklum mengenai masalah yang di hadapi pemandu pengangkut­an awam terbabit.

“Bangunan tempat letak kenderaan yang disediakan lebih selamat kepada pengguna terutama mereka yang meninggalk­an kenderaan dalam tempoh yang lama dan bayaran yang dikenakan tidak mahal iaitu RM2 bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam dan RM4 bagi tempoh seterusnya.

“Kami tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kepada kenderaan yang diletakkan di bahu jalan kerana ia berada di bawah kuasa PPj, namun kita sudah memaklumka­n kepada pihak berkuasa tempatan itu untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya.

 ?? Sulaiman Salim ?? Kenderaan terbabit menyusahka­n dan mengganggu laluan pemandu pengangkut­an awam seperti teksi dan bas, malah keadaan menjadi lebih teruk pada waktu kemuncak sehingga menyebabka­n kesesakan”
Sulaiman Salim Kenderaan terbabit menyusahka­n dan mengganggu laluan pemandu pengangkut­an awam seperti teksi dan bas, malah keadaan menjadi lebih teruk pada waktu kemuncak sehingga menyebabka­n kesesakan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia