Harian Metro

Besi kubah Panggung Bandaraya senget

-

Kuala Lumpur: Orang ramai melahirkan kebimbanga­n apabila menyedari satu daripada besi kubah bangunan Panggung Bandaraya di Jalan Raja, di sini, berada dalam keadaan condong.

Tinjauan Metroplus ke bangunan itu mendapati keuzuran besi pada bahagian atas kubah berwarna hitam mengundang bahaya kepada orang awam terutama mereka yang menggunaka­n laluan berkenaan untuk melintas di persimpang­an lampu isyarat antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Melalui pemerhatia­n selama sejam, baru-baru ini, tiada seorang pun orang awam yang melalui tepi bangunan itu menyedari kecacatan besi kubah terbabit yang sebenarnya boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja.

Penterjema­h bebas, Shakirah Zain, 51, berkata, dia menyedari sesuatu yang pelik pada struktur bahagian atas kubah berkenaan ketika bersiar-siar di kawasan itu pada hujung minggu lalu.

“Saya dan rakan melalui bangunan itu untuk ke Masjid Jamek pada hujung minggu lalu. Kami nampak keadaan besi itu tidak sama dengan yang lain dan kedudukann­ya senget macam hendak patah.

“Saya nampak di bawah bangunan itu kerja pengubahsu­aian dilakukan pekerja, tetapi saya pelik mereka tidak buat apa-apa untuk membetulka­n keadaan besi itu.

“Saya harap perkara ini ditangani segera kerana saya tidak mahu keluarga atau orang lain menjadi mangsa seperti tragedi cangkuk kren yang jatuh menimpa kereta seorang wanita, bulan lalu,” katanya.

Pekerja bank, Nor Azhar Abu Bakar, 51, turut menyuaraka­n kebimbanga­n sama berikutan dia antara orang awam yang sering melintasi kawasan itu untuk pergi ke pejabat di Jalan Tun Perak.

“Saya tiada pilihan, memang ini saja jalan mudah untuk pergi-balik dari tempat kerja ke rumah.

“Saya dan rakan menyedari besi itu condong seminggu lalu kerana lokasinya hanya beberapa meter saja dari jarak bangunan tempat kerja kami.

“Lambat-laun tidak mustahil besi itu jatuh ke bawah terutama apabila dilanda hujan lebat atau angin dan menimpa sesiapa saja. Saya harap pihak berkaitan dapat menggantik­an besi baru untuk kubah ini dengan segera,” katanya.

 ??  ?? PREMIS kedai makan tiada saluran longkang menyebabka­n air buangan masuk ke rumah.
PREMIS kedai makan tiada saluran longkang menyebabka­n air buangan masuk ke rumah.
 ??  ?? KEKOTORAN berpunca daripada kedai makan menyebabka­n bau busuk.
KEKOTORAN berpunca daripada kedai makan menyebabka­n bau busuk.
 ??  ?? KEDUDUKAN besi pada kubah hitam
Panggung Bandaraya boleh mengundang
bahaya.
KEDUDUKAN besi pada kubah hitam Panggung Bandaraya boleh mengundang bahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia