Harian Metro

Paip air bawah tanah bocor hingga laluan mendap, berlopak

-

Kuala Lumpur: Masalah kebocoran paip air bawah tanah di jalan pintas bersebelah­an Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, di sini, meresahkan penduduk terutama penunggang motosikal yang berulang-alik ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah setiap hari.

Menurut mereka, kegagalan pihak bertanggun­gjawab melakukan kerja baik pulih kerosakan itu di Jalan

5/51f sejak tiga tahun lalu bukan saja menjejaska­n permukaan jalan malah turut membahayak­an pengguna motosikal.

Pesara, Abdul Malik Haron, 66, berkata, penduduk dan pengguna jalan terbabit mahu pihak berkenaan mengambil tindakan segera sebelum berlaku perkara tidak diingini.

“Bagi saya, tidak berguna masalah ini diadukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana yang rosak adalah paip milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

“Malah, tahun ini sahaja sudah tiga atau empat kali orang DBKL datang untuk menurap semula jalan yang rosak, tetapi kembali mendap dan berlopak selepas dua bulan,” katanya.

Menurutnya, dia pernah turut serta melihat kerja penurapan dan memaklumka­n masalah paip bocor kepada kontraktor terbabit.

“Mereka ada korek kawasan terjejas untuk melihat kerosakan paip. Namun mungkin kerana sukar dibaiki mereka tambak semula dan selesaikan kerja penurapan begitu saja.

“Pihak SYABAS sendiri perlu datang untuk membaiki paip yang rosak sekali gus menyelesai­kan masalah pembaziran air yang berlaku sejak bertahun lalu,” katanya.

Selain paip rosak dan jalan mendap, Abdul Malik berkata, pihak berkenaan perlu meneliti risiko pembiakan aedes di kawasan longkang yang bertakung.

“Mungkin masalah paip bocor ini nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi selagi air keluar (dari bawah tanah), selagi itulah longkang akan bertakung.

“Keadaan ini boleh meningkatk­an risiko wabak denggi di kawasan PPR dan sekitarnya,” katanya.

Pesara tentera, Mahadzir Abd Hamid, 55, berkata, penduduk sudah bosan untuk mengadu kepada pihak berkuasa tempatan mengenai kerosakan paip dan jalan berkenaan.

“Mahu atau tidak, penduduk sekitar terpaksa mengambil inisiatif untuk membetulka­n keadaan jalan setiap kali terbentukn­ya lopak besar.

“Ada yang mengangkut saki-baki binaan untuk menambak lubang, tidak kurang juga ada yang mencurah serpihan batu bata untuk keselesaan pengguna laluan berkenaan terutama penunggang motosikal,” katanya.

Tinjauan Metro Plus mendapati air yang mengalir keluar dari jalan berkenaan sudah dilencongk­an ke longkang bersebelah­an PPR Seri Semarak bagi mengelak ia bertakung di lopak dan membahayak­an penunggang motosikal.

Pengairan longkang di bahu jalan pula tersumbat dengan sampah manakala arus longkang bersebelah­an PPR Seri Semarak mengalir lesu.

Keadaan longkang yang semak dan tidak terurus menyebabka­n kawasan itu menjadi tumpuan pembiakan nyamuk.

 ??  ?? KAWASAN berlaku masalah paip bocor di PPR Sri Semarak, Kuala Lumpur.
KAWASAN berlaku masalah paip bocor di PPR Sri Semarak, Kuala Lumpur.
 ??  ?? ABDUL Malik
ABDUL Malik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia