Harian Metro

Cerita kenangan lama

- Icka S Hassan

„ 200 bekas pelajar SM Semerah hadiri majlis pertemuan semula

Hilai tawa, air mata, genggaman tangan dan pelukan membangkit­kan aura penuh nostalgia sepanjang majlis pertemuan semula hampir 200 bekas pelajar Sekolah Menengah Semerah, Johor, baru-baru ini.

Penyelaras program, Mohd Tap Roslan, 50, berkata, pencarian bekas perjuangan melalui sebaran maklumat di WhatsApp bermula Oktober 2013 dianggap berjaya apabila hampir 200 daripada 300 bekas pelajar hadir pada program berkenaan.

Menurutnya, selain bertujuan menyambut ulang tahun ke-50 buat bekas pelajar sekolah itu, kutipan dana turut dibuat bagi membantu bekas pelajar yang memerlukan.

“Penganjura­n pertemuan semula kali kedua ini berlangsun­g lebih meriah kerana separuh daripada bekas pelajar yang hadir kali pertama berjumpa.

“Semuanya adalah bekas pelajar pada tahun 1979 hingga 1983, dan kami turut berjaya mengumpulk­an dana RM2,000 bagi membantu rakan yang dalam kesusahan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Turut hadir pada program berkenaan pengarah filem terkenal, Rashid Sibir.

Seorang bekas pelajar, Sidun Paat, 50, berkata, walaupun saling bertanya khabar di laman sosial terutama melalui aplikasi WhatsApp, ia tidak sama seperti bersemuka kerana lebih sentimenta­l.

“Memang sangat gembira kerana mereka sudi bertemu kembali dan mengadakan majlis perjumpaan semula ini. Semua sahabat seperjuang­an saya anggap seperti keluarga. Kami menempuh susah senang perjalanan sebagai pelajar bersama-sama satu ketika dulu.

“Semua yang hadir pada majlis ini ada kisah masing-masing dan dulu antara kami sememangny­a ada kenangan. Alhamdulil­lah, hampir semuanya datang meskipun kini tinggal jauh atas tuntutan tugas dan mengikut keluarga,” katanya.

Menurutnya, jangka masa 33 tahun tidak pernah bertemu menyebabka­n perubahan fizikal hingga tidak mengenali sesama lain.

“Memang terkejut tengok sesama sendiri kerana terlalu berbeza daripada alam kanak-kanak kepada dewasa menyebabka­n kami hampir tidak kenal antara satu sama lain ketika mula-mula bertemu.

“Mengharuka­n, ada antara kami bertanyaka­n dengan menyebutka­n nama bagi memastikan sama ada betul atau sebaliknya kerana kali terakhir bertemu ketika hari terakhir tingkatan lima,” katanya.

 ??  ?? BEKAS pelajar tahun
1979 hingga 1983 Sekolah Menengah Semerah bertemu semula selepas 33 tahun membawa haluan masing-masing.
BEKAS pelajar tahun 1979 hingga 1983 Sekolah Menengah Semerah bertemu semula selepas 33 tahun membawa haluan masing-masing.
 ?? Mohd Tap Roslan ?? Penganjura­n pertemuan semula kali kedua ini lebih meriah”
Mohd Tap Roslan Penganjura­n pertemuan semula kali kedua ini lebih meriah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia