Harian Metro

‘Nak riadah pun tak senang...’

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

„ Pengunjung Taman Tasik Jaya tidak selesa dengan kedatangan ribuan penangkap Pokemon

Sejak permainan Pokemon dibenarkan masuk ke negara ini bulan lalu, beberapa tempat menjadi tumpuan termasuk Taman Tasik Jaya, di sini, yang dikunjungi ribuan orang ramai untuk memburu Pokemon setiap hari.

Tinjauan Metro Plus ke tasik itu mendapati suasana di taman berkenaan seperti pesta kerana ramai masyarakat berbilang kaum memenuhi kawasan terbabit.

Ada antara mereka berpakaian pejabat singgah di tasik itu semata-mata mahu melepaskan ‘ketagihan’ untuk menangkap Pokemon.

Kakitangan swasta, Siew Sin Soo, 28, berkata, dia ke taman itu selepas dimaklumka­n rakan yang Pokemon banyak ditemani di kawasan berkenaan.

“Sebaik habis waktu kerja, saya singgah sekejap di sini untuk menangkap Pokemon.

“Saya pun tidak sangka ramai orang yang datang ke sini. Suasana macam pesta dengan macam-macam ragam boleh dilihat,” katanya.

Selain dikunjungi orang ramai, segelintir peniaga alat pengecas mudah alih mengambil peluang menjual peralatan berkenaan di situ.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Chan, 34, berkata, dia sengaja mengambil peluang menjual alat pengecas di situ dan tidak sangka ia menguntung­kan.

“Sudah lebih lima kali saya jual ‘power bank’ di taman ini dan semuanya habis terjual. Selalunya saya bawa 10 ‘power bank’ yang saya jual antara RM30 hingga RM100 sahaja.

“Saya pun agak terkejut kerana tiba-tiba sahaja taman di sini menjadi sesak dengan orang ramai sehingga ke lewat malam,” katanya.

Bagaimanap­un, kehadiran ramai pengunjung ke tasik itu mengundang ketidaksel­esaan ibu bapa yang membawa anak-anak ke kawasan berkenaan.

Seorang bapa, Muksin Hadi Abdullah, 34, berkata, ketagihan pemburu Pokemon menyebabka­n taman permainan itu turut menjadi lokasi peminat permainan terbabit melepak sehingga mengganggu kanak-kanak bermain.

“Kanak-kanak yang bermain pun terganggu dan tidak selesa kerana tempat permainan menjadi kawasan orang dewasa menangkap Pokemon.

“Justeru, saya meminta pihak berkuasa tempatan memantau kebanjiran orang ramai di sini kerana ia mengundang ketidaksel­esaan mereka yang datang beriadah,” katanya.

 ??  ?? MASYARAKAT berbilang kaum mencari Pokemon di sekitar Taman Tasik Jaya.
MASYARAKAT berbilang kaum mencari Pokemon di sekitar Taman Tasik Jaya.
 ?? FOTO:
Muksin Hadi ?? PEMINAT permainan Pokemon fokus memburu Pokemon. Kanak-kanak yang bermain pun terganggu dan tidak selesa kerana tempat permainan menjadi kawasan orang dewasa menangkap Pokemon”
FOTO: Muksin Hadi PEMINAT permainan Pokemon fokus memburu Pokemon. Kanak-kanak yang bermain pun terganggu dan tidak selesa kerana tempat permainan menjadi kawasan orang dewasa menangkap Pokemon”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia