Harian Metro

Suntik semangat

- Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

„ KTKU pentas teater Leftenan Adnan sempena Hari Malaysia

Bagi membangkit­kan semangat patriotism­e dan cintakan negara dalam kalangan generasi muda, Kelab Teater Kolej Uniti (KTKU) mengadakan pementasan teater Leftenan Adnan di dewan kolej itu di Pasir Panjang, baru-baru ini.

Pementasan bersempena sambutan Hari Malaysia berkenaan mendapat kerjasama daripada Markas 1 Briged Kem Rasah Seremban serta Muzium Tentera Darat Port Dickson berjaya menarik perhatian kira-kira 800 pengunjung termasuk penduduk setempat dan pelajar.

Pensyarah Jabatan Pengajian Umum Kolej Uniti Norhayati Mat Ali berkata, pementasan itu diharap membantu penuntut memahami perjuangan sebenar Leftenan Adnan dalam mempertaha­nkan tanah air daripada cengkaman Jepun dalam peristiwa di Bukit Chandu, Johor pada 1942.

Katanya, teater itu juga dapat membuka ruang dan peluang kepada penuntut untuk mengasah bakat di samping menimba ilmu selain menjana kreativiti serta menyemai sifat kepemimpin­an.

“Berpanduka­n catatan sejarah, Leftenan Adnan adalah tokoh pejuang tanah air yang sangat berani, pantang menyerah kalah dan rela berkorban demi bangsa serta negara.

“Menerusi teater ini, kita berharap ia dapat membangkit­kan semangat patriotism­e dan kepemimpin­an yang baik kepada peserta dan penonton yang hadir,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Eksekutif Kolej Uniti, Amir Hamzah Md Isa dan Ketua Staf Briged Pertama Infantri Malaysia, Leftenan Kolonel Hamadi Hasan.

 ??  ?? AMIR (tiga dari kiri) dan Hamadi (tiga dari kanan) bersama sebahagian peserta yang menjayakan teater Leftenan Adnan.
AMIR (tiga dari kiri) dan Hamadi (tiga dari kanan) bersama sebahagian peserta yang menjayakan teater Leftenan Adnan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia