Harian Metro

40 peserta sertai Program Smart Solat

-

Lumpur: Persatuan Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (PERTIS) terus komited memberi pendedahan mengenai asas fardu ain kepada ahlinya melalui Program Smart Solat yang dianjurkan sejak 2008.

Penyelaras PERTIS Mohd Nasir Mohamed Yusoff berkata, antara pengisian program yang mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan itu adalah ceramah bulanan, perkongsia­n cara mengerjaka­n solat dengan betul dan lain-lain ilmu fardu ain yang turut bermanfaat untuk OKU.

Menurut Mohd Nasir, hanya 40 peserta dipilih menyertai program tahunan itu yang diadakan di Pusat Dakwah Paroi, Negeri Sembilan.

“OKU tidak terkecuali daripada menunaikan solat dan kerana itu program ini dianjurkan supaya mereka tahu menjalanka­n ibadah berkenaan dengan pergerakan yang betul.

“Penganjura­n program ini sekurang-kurangnya menambah pengetahua­n selain mendidik mereka mendirikan solat dengan lebih istiqamah tanpa menjadikan status orang kurang upaya (OKU) sebagai alasan untuk tidak beribadah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Nasir berkata, program tahun ini akan diteruskan dengan memberi tumpuan kepada perkongsia­n kaedah solat musafir dan orang sakit.

Menurutnya, kelas bimbingan membaca al-Quran Braille juga diadakan bagi membantu OKU supaya lebih mahir menggunaka­nnya.

“Sehingga kini, PERTIS mem punyai 1,500 ahli dari Semenanjun­g dan mereka berumur antara 21 hingga 80 tahun.

“Sebahagian mereka menjadi OKU apabila dewasa dan golongan ini yang perlu dibantu kerana tidak mempelajar­i kemahiran itu sejak kecil,” katanya.

 ??  ?? MOHD Nasir
MOHD Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia