Harian Metro

Gembira dikongsi bersama

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

Keterujaan meraikan gabungan tiga perayaan iaitu Aidiladha, Pesta Tanglung dan sambutan Hari Malaysia, sekali gus menyaksika­n sebanyak 50 tanglung dilepaskan oleh penduduk Taman Bukit Kayangan Seksyen 12, di sini, baru-baru ini.

Lebih menarik lagi apabila semua kaum, Melayu, Cina dan India berkumpul dalam program yang sudah dua kali dianjurkan bagi meraikan perayaan besar disambut oleh rakyat di negara ini.

Program yang dianjurkan oleh penduduk taman perumahan itu bertujuan mengumpulk­an seluruh kejiranan dari semua peringkat umur di samping mengeratka­n lagi silaturahi­m.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Kayangan Datuk Helmi Daud berkata, pada penganjura­n kali ini, kira-kira 100 penduduk hadir bagi meraikan gabungan tiga perayaan berkenaan.

“Selain melepaskan tanglung, aktiviti seperti melukis turut diadakan khusus kepada kanak-kanak yang hadir.

“Orang ramai yang hadir turut berpeluang merasai makanan Melayu, Cina dan India yang dibawa oleh penduduk untuk dikongsi bersama-sama,” katanya.

Helmi berkata, selain meraikan malam tanglung, penduduk taman

„ 50 tanglung dilepaskan sempena meraikan tiga hari perayaan di Malaysia

perumahan Taman Bukit Kayangan menganjurk­an aktiviti kemasyarak­atan antaranya sambutan perayaan semua kaum serta banyak lagi.

Beliau berkata, walaupun baru dua tahun persatuan penduduk di kawasan perumahan itu ditubuhkan, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan baik.

Katanya, jumlah penduduk di kawasan itu tidak ramai dan hanya membabitka­n 84 buah rumah, namun penduduk sering bekerjasam­a dan berganding bahu dalam melaksanak­an setiap aktiviti yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia