Harian Metro

Penantian 10 tahun berakhir

- Amrullah Abdul Karim am@hmetro.com.my

„ Penduduk Kampung Sri Keledang-Felda Gedangsa lega jalan rosak boleh digunakan semula

Jalan yang menjadi penghubung utama kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sri Keledang-Felda Gedangsa, di sini, yang tidak dapat digunakan sepenuhnya akibat rosak dan berlubang sejak 10 tahun lalu, kini sudah boleh digunakan.

Ia susulan tindakan penyelesai­an yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) Kampung Sri Keledang, Ahmad Fuad Abdul Karim, 59, berkata, selama ini penduduk terpaksa melalui laluan dari Slim River, Perak untuk ke Hulu Bernam dan Felda Gedangsa disebabkan kerosakan jalan terbabit.

“Ada juga yang terpaksa melalui jalan ini kerana lebih dekat tapi kesannya pada kereta penduduk rosak.

“Kebanyakan guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Keledang menetap di Gedangsa, jadi mereka terpaksa berulang-alik dan ada yang menyewa di Perak,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau lega akhirnya masalah itu dapat diselesaik­an baru-baru ini.

Sementara itu, Rosni berkata, penduduk kini dapat menjimatka­n masa daripada 30 minit kepada hanya 10 minit selepas kerja baik pulih selesai.

“Hasrat asal saya supaya dibuat jalan baru tapi memandangk­an kosnya tinggi jadi kita naik taraf secara berperingk­at.

“Kerja menaik taraf bermula pada 2013 dan disebabkan jalan mendap ia hanya dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini,” katanya ketika ditemui pada lawatan bersama jurutera daerah di jalan berkenaan baru-baru ini.

Rosni yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mencadangk­an agar laluan itu dihadkan kepada kenderaan berat terutama lori pasir dan palang had ketinggian dipasang.

 ??  ?? ROSNI (kiri) ketika meninjau Jalan Sri Keledang. KEADAAN Jalan Sri Keledang yang dahulunya berlubang-lubang.
ROSNI (kiri) ketika meninjau Jalan Sri Keledang. KEADAAN Jalan Sri Keledang yang dahulunya berlubang-lubang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia