Harian Metro

Padat, gemuk

- Syed Ismail Syed Abu Bakar am@hmetro.com.my

„ Durian crepe Zahid jadi kegilaan, mampu raih pendapatan sehingga RM30,000 sebulan

Permintaan tinggi dalam kalangan pengemar ‘durian crepe’ di negeri ini membuatkan seorang pengusaha Mohd Zahid Ismail, 47, tidak menang tangan menerima tempahan orang ramai khususnya penggemar durian.

Menurutnya, dia menghasilk­an durian crepe pelbagai perisa dan ia akan bertambah sedap jika dihasilkan dengan adunan dan cara yang betul.

“Sebenarnya durian crepe ini bukanlah hidangan baru, cuma sekarang tiba-tiba ia menjadi semakin popular dan digemari ramai khususnya penduduk negeri ini,” katanya ketika ditemui di Jalan Baru, di sini.

Katanya, antara bahan digunakan bagi menghasilk­an tepung membuat kulit durian crepe perlu dicanai nipis kemudian dilapiskan krim whiping dan isi durian.

Menurutnya, bagi membuat kulit durian crepe, ia mesti dicanai halus dan nipis serta paling penting ketika proses menggulung perlu padat dan gemuk.

Katanya, durian crepe adalah pencuci mulut yang kelihatan seolah-olah seperti bentuk bantal, namun kulitnya nipis manakala isinya akan dilapiskan dengan krim whipping dan isi durian.

“Saya mengusahak­an durian crepe bersama rakan kongsi, Julia Samsudin, 31, dan turut mengubah suai menggunaka­n perisa mangga dan blue berry sebelum dijual dengan harga berpatutan,” katanya.

Menurutnya, bagi durian crepe pelbagai perisa, dia menjual tiga biji pada harga RM7 manakala Zafra dijual antara RM5 hingga RM10.

Katanya, dia mampu menghasilk­an lebih 160 durian crepe untuk jualan harian dan jumlah itu semakin meningkat.

“Alhamdulil­lah, hasil jualan durian crepe semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan yang berpendapa­t ia sedap dan harganya masih rendah,” katanya.

Menurutnya, hasil jualan antara 3,000 hingga 4,000 durian crepe mampu menjana pendapatan kira-kira RM30,000 sebulan menyebabka­nnya bercadang mengembang­kan lagi perniagaan itu di beberapa kawasan tumpuan di negeri ini.

 ??  ?? perisa durian PELBAGAI
crepe dijual
di Zafra Crepe. DURIAN crepe menjadi pencuci mulut bagi pelanggan yang meminati durian.
perisa durian PELBAGAI crepe dijual di Zafra Crepe. DURIAN crepe menjadi pencuci mulut bagi pelanggan yang meminati durian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia