Harian Metro

Rakam video rakan bogel

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Ketagih menonton video lucah dipercayai menjadi punca seorang penuntut lelaki gemar mengendap dan merakam video bogel penghuni asrama sebuah kolej multimedia di sini.

Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanap­un ditahan selepas didapati memecah masuk asrama wanita itu Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek kali pertama melakukan perbuatan itu pada jam 1.40 pagi, 10 September lalu.

Menurutnya, suspek dikesan menggunaka­n telefon pintar merakam video mangsa tanpa disedari.

“Namun mangsa berusia 20 tahun itu mendakwa menyedari tindakan suspek selepas melihat kelibat telefon pintar milik suspek muncul di tingkap biliknya di tingkat empat bangunan,” katanya. Kuala Lumpur: Seorang pemandu kereta bernasib baik masih hidup walaupun kereta dipandu terjunam jatuh ke dalam lubang sedalam 10 meter di tapak pembinaan berhampira­n Bulatan Kampung Pandan, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa, Chandran Sekaran K Mohan, 55, yang memandu kereta Kia Spectra dikatakan terbabas ketika melalui kawasan itu.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Shamsul Maarif Saibani berkata, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu bersama empat jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa masih terperangk­ap di tempat duduk pemandu kenderaan itu.

“Kami mengambil masa 10 minit untuk mengeluark­an mangsa dari dalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia