Harian Metro

TIADA BUKTI AKTIF

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

„ Tiga bebas tuduhan subahat beri pernyataan palsu pendapatan syarikat

Dua bekas pengarah dan seorang bekas pengurus akaun syarikat Kosmo Technology Industrial Berhad masing-masing dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan bersubahat dan memberi pernyataan palsu dalam pernyataan pendapatan suku tahun syarikat pelaburan itu, 10 tahun lalu.

Hakim Norsharida Awang memutuskan demikian terhadap bekas pengarah eksekutif, Mohd Azham Mohd Noor, 50, bekas pengurus akaun, Lim Hai Loon, 45, bekas pengarah, Datuk Norhamzah Nordin, 50, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie ke atas ketiga-tiga tertuduh.

Terdahulu, dalam keputusann­ya, Norsharida berkata, tiada bukti yang menunjuk- kan tertuduh mempunyai peranan aktif dalam kes itu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Azham dan Norhamzah didakwa atas lapan pertuduhan mengemukak­an pernyataan palsu dalam penyata pendapatan bagi tahun 2006 dan 2007 kepada Bursa Malaysia Securities Berhad di Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini, antara 2006 hingga 2008.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 122B (a)(bb) dibaca bersama Seksyen 122(1) Akta Perindustr­ian Sekuriti 1983 (Akta 280) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 122B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Lim didakwa atas lapan tuduhan bersubahat dengan Kosmo Technology Industrial Berhad memberi pernyataan palsu mengenai penyata pendapatan suku tahun syarikat pelaburan itu.

Dia didakwa mengemukak­an satu pernyataan palsu dalam penyata pendapatan bagi tahun 2006 dan 2007 syarikat itu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad antara 2006 dan 2008. Dakwaan terhadap wanita itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 122B (a)(bb) dibaca bersama Seksyen 122C(c) Akta Perindustr­ian Sekuriti 1983 (Akta 280) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 122B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ashley Tajuddin manakala semua tertuduh diwakili peguam Datuk DP Vijandran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia