Harian Metro

HIKMAH 100 IKAN KELISA

- Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Bermula dengan hobi memelihara dan menjual ikan kelisa, seorang pemegang Diploma Ukur Bahan dari Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan muncul sebagai usahawan muda hingga mampu meraih pendapatan bulanan mencecah ratusan ribu ringgit.

Shaharizad Shahrul Asmawi, 34, yang juga Pengurus Nana Farm Agrotech Sdn Bhd memberanik­an diri untuk menanggung risiko apabila menceburi bidang perniagaan termasuk penternaka­n dan membuka restoran yang bukan kepakarann­ya.

Menurutnya, dia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan selepas menamatkan pengajian pada 2003 sehingga memiliki syarikat sendiri dalam pelbagai sektor perniagaan.

“Pada awalnya saya bermula dengan hobi mengumpul ikan kelisa hingga berjaya mengumpul 100 ekor ikan itu yang ditempatka­n dalam akuarium dan tangki fiber di dalam rumah selain turut menjualnya.

“Saya juga terbabit dalam bidang pembinaan sebelum memiliki syarikat sendiri dengan

„ Hobi menternak kembang jadi bisnes cecah pendapatan ratusan ribu ringgit

pelbagai jenis perniagaan lain termasuk penyelengg­araan dan teknikal di kilang kelapa sawit.

“Kemudian saya mula berubah bidang di luar kepakaran apabila menceburi bidang lebih menguntung­kan dengan membuka ladang ternakan pada 2006 untuk memperluas­kan perniagaan,” katanya kepada pemberita yang dibawa melawat ladang ternakanny­a di Kampung Pulau Tiga, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembanguna­n Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Shaharizad berkata, dia menternak pelbagai jenis ternakan unik seperti ayam belanda, burung api-api, ayam kampung, ikan kelisa dan ikan pari air tawar di tanah seluas kira-kira 0.4 hektar.

Menurutnya, selepas perniagaan berkembang termasuk ternakan semakin banyak, dia bergabung dengan bapanya bagi menjalanka­n perniagaan eksport ikan kelisa ke China, namun berhenti disebabkan keadaan pasaran merudum pada penghujung 2012 lalu.

Katanya, sejak dua tahun lalu, dia nekad melabur dalam perniagaan berkaitan makanan bersama seorang rakan kongsi untuk membuka restoran di Kuala Lumpur dengan diikuti restoran di pekan ini.

“Saya membuka restoran yang menghidang­kan masakan tempatan seperti udang galah dan makanan berasaskan ternakan di ladang saya sendiri seperti ayam belanda, burung api-api dan ayam kampung.

“Sebagai usahawan, kita perlu meninjau peluang perniagaan menguntung­kan dengan tidak memberi fokus kepada satu bidang sahaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia