Harian Metro

KEMPUNAN GELARAN DATUK

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Seorang peguam lelaki sanggup membayar sebanyak RM604,000 bagi mendapatka­n gelaran Datuk dengan bantuan seorang suspek wanita yang mendakwa ‘orang kanan’ Istana Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa mengenali suspek wanita berusia 36 tahun di Sibu, Sarawak, sejak 18 November tahun lalu yang memperkena­lkan dirinya sebagai orang kanan dan pembantu di Istana Negara.

Katanya, suspek dikenakan syarat kononnya perlu menyerahka­n wang derma kepada yayasan milik Permaisuri Agong untuk mendapatka­n gelaran Datuk.

“Mangsa yang percaya kemudian menyerahka­n wang diminta berjumlah RM604,000

“Bagaimanap­un mangsa menyedari ditipu selepas mendapatka­n kepastian daripada pegawai Istana Negara,” katanya.

Menurutnya, mangsa dimaklumka­n bahawa anugerah Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk yang boleh diperolehi melalui saluran betul dan bukan melalui suspek.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa, pihaknya bertindak menahan lima lelaki dan tiga wanita termasuk suspek utama berusia lingkungan 30 hingga 40-an semalam, bagi membantu siasatan.

“Suspek didapati berasal dari Ampang dan Kajang, Selangor selain ada yang menetap di Kelantan dan Perak,” katanya.

Katanya, polis turut merampas sebuah kenderaan Toyota Vellfire, telefon dan dua buku catatan darjah kebesaran serta beberapa barangan milik suspek.

Peguam ditipu RM604,000 beli Darjah Panglima Jasa Negara

“Mangsa dipercayai menyerahka­n wang berkenaan melalui transaksi ke dua akaun bank milik suspek,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia