Harian Metro

FIDZ MAHU SERIUS

- Ridzuan Abdul Rahman m o h am adridzuan @h m etro . co m .m y

Industri seni tempatan dahagakan komposer baru yang kreatif dan berani tampil dengan idea segar sebagai pelapis.

Justeru, kehadiran Muhammad Hafidzuddi­n Roslan atau Fidz, 29, wajar dialu-alukan.

Menariknya, selain mencipta lagu, anak jati Negeri Sembilan ini juga berkeboleh­an menyanyi dan tampil dengan single pertama.

“Alhamdulil­lah saya dapat menyalurka­n bakat seni ke jalan yang betul. Sebelum ini saya bergerak sendiri tetapi kini bernaung di label Rusa Music.

“Single Cinta Terbakar saya hasilkan pada 2012. Selepas menandatan­gani kontrak dengan Rusa Music, ia diterbitka­n semula dan diberi judul Rahsia Cinta.

“Saya diberi kebebasan mencipta lagu untuk artis lain dan peluang ini amat saya hargai,” katanya.

Menyingkap kembara seninya, Fidz mengikuti pengajian dalam bidang seni teater di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Perdana.

“Saya sebenarnya minat muzik tetapi tersilap ambil jurusan teater. Jadi, saya hanya belajar separuh jalan dan kemudian menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang syariah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

“Minat terhadap muzik tidak pernah padam dan selepas tamat pengajian keluarga beri lampu hijau apabila saya menyatakan hasrat mahu serius dalam bidang muzik.

“Saya bermula sebagai pemuzik undangan untuk majlis korporat. Saya beruntung kerana boleh bermain semua jenis alat muzik,” katanya.

Fidz juga pernah bekerjasam­a dengan komposer popular DJ Fuzz dan pengalaman itu sangat berharga buatnya.

“Dia seorang komposer hebat dan banyak ilmu diperturun­kan kepada saya. Kami menghasilk­an beberapa lagu antaranya digunakan untuk kejohanan sepak takraw.

“Saya amat tertarik dengan cara DJ Fuzz mengurus dan memasarkan karyanya.

“Seperti komposer lain, saya teringin menghasilk­an lagu untuk penyanyi terkenal tanah air,” katanya.

Mengulas lanjut lagu Rahsia Cinta, Fidz berkata, ia menggabung­kan irama rock dan rap.

“Saya tampilkan penyanyi rap, Pedang dalam lagu ini. Ia adalah pertaruhan Rusa Music bagi memperkena­lkan saya kepada umum.

“Ini satu permulaan buat saya dan akan tampil dengan karya lebih baik selepas ini. Ketika menggunaka­n judul Cinta Terbakar, muzik videon lagu itu ditonton lebih 70,000 peminat.

“Diharap Rahsia Cinta dapat menyerlahk­an bakat saya dan menarik perhatian ramai pendengar,” kata pencinta genre balada dan rock ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia