Harian Metro

Jennifer puas hati!

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Beberapa hari lalu dunia dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan paling popular, Angelina Jolie, 41, dan Brad Pitt, 52.

Perkhabara­n itu meninggalk­an kesan besar buat pengikut setia pasangan itu kerana mereka sering dijadikan sumber inspirasi.

Berbeza pula reaksi bekas isteri

Pitt iaitu Jennifer Aniston, 47, yang mengakui sangat berpuas hati dengan perpisahan itu.

Bahkan Jennifer menyifatka­n perceraian itu sebagai balasan setimpal yang perlu diterima Angelina selepas merampas Pitt daripadany­a satu ketika dahulu.

“Apa yang berlaku ini adalah karma buat Angelina. Malah saya sudah dapat rasakan perkara ini pasti berlaku,” katanya.

Ramai teman rapat Jennifer juga tahu pasangan itu akan berpisah dan hanya menunggu masa.

“Semua tahu Angelina sangat licik dan pandai memanipula­si keadaan.

“Kami menyangka hubungan pasangan ini akan berakhir kerana Angelina sudah jumpa orang lain dan tinggalkan Pitt,” kata sumber terdekat Jennifer pula.

Jennifer yang juga bintang siri Friends bagaimanap­un tidak berdendam dengan Pitt.

Menurut sumber berkenaan, Jennifer sentiasa prihatin dan mengambil berat bekas suaminya.

“Jen masih ambil berat terhadap Pitt dan sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya. Dia sudah melupakan kisah lalu dan kini bahagia besama

Sifatkan perceraian sebagai balasan setimpal perlu diterima Angelina

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia