Harian Metro

Malam

-

iaitu kesedaran kerohanian, pengetahua­n asas agama, motivasi diri dan kerjaya, kesedaran kesihatan serta aktiviti kecergasan fizikal.

Selain itu, katanya, KSK JAKIM juga membangunk­an pelbagai inisiatif sebagai perancanga­n masa depan dalam menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transeksua­l (LGBT).

“Antara yang dilakukan ialah membangunk­an Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Perlakuan LGBT 2017 hingga 2021 bekerjasam­a dengan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) yang juga sudah menerbitka­n e-book Panduan Hijrah Diri bagi mereka yang mengalami permasalah­an homoseksua­liti yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan membangunk­an Modul Ilaj Wa Syifa khusus bagi golongan lesbian serta gay.

“Usaha ini adalah aktiviti susulan yang berbentuk sokongan dan bimbingan berterusan (peer support) agar kesedaran melakukan perubahan ke arah kebaikan ini berpanjang­an, selain pelaksanaa­n program Mukhayyam,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Profesor Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, Erin akan pulih dan kembali normal sebagai lelaki sejati kerana ramai lelaki lembut berubah bahagia bersama isteri serta anak.

Katanya, melalui puluhan kes kaunseling perkasa gender yang didapati, kesannya 100 peratus berjaya dan orang seperti Erin mesti memberi masa yang lebih serta iltizam yang kuat menjadi lelaki sejati.

 ??  ?? OTHMAN
OTHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia