Harian Metro

RM53 JUTA DALAM GEROBOK

„ SPRM rampas wang tunai RM115j hasil penyelewen­gan projek sejak 6tahun lalu

- Junaidi Ladjana, Ardyanshah Ahmad & Mohd Ruzaini Zulkepli am@hmetro.com.my

> Seramai 30 pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa kira-kira 15 jam mengira wang tunai RM53 juta yang ditemui dalam peti besi pejabat, almari pakaian, almari ruang tamu, kabinet dan dalam kenderaan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah, semalam.

SPRM turut merampas RM62 juta yang disimpan dalam pelbagai akaun bank tempatan.

Kota Kinabalu

Seramai 30 pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa kira-kira 15 jam sejak jam 12 tengah malam kelmarin hingga jam 3 pagi semalam untuk mengira wang tunai kira-kira RM53 juta yang dirampas daripada pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah.

Wang berkenaan dikira dengan tangan di sebuah bilik yang dirahsiaka­n lokasinya selain bilik berkenaan dipantau kamera litar tertutup (CCTV).

Wang RM53 juta ini ditemui di beberapa lokasi antaranya di peti besi pejabat, beberapa tempat di rumah suspek antaranya dalam almari pakaian, almari ruang tamu, kabinet dan dalam kenderaan milik mereka.

Selain itu, SPRM turut merampas RM62 juta yang disimpan dalam pelbagai akaun bank tempatan milik kedua-dua lelaki itu dan seorang lelaki bergelar datuk yang juga adik kepada timbalan pengarah berkenaan.

Keseluruha­n wang tunai dirampas daripada ketiga-tiga mereka setakat ini adalah RM115 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki pada sidang media di pejabat SPRM Sabah semalam berkata, selain mata wang tempatan, turut dirampas adalah mata wang asing seperti Dolar AS, Yen dan Riyal bernilai RM8.3 juta.

Beliau berkata, daripada kira-kira RM53 juta itu, RM45 juta dirampas daripada pengarah dan RM7.2 juta daripada timbalan pengarah.

Menurutnya, penemuan itu diperolehi selepas penahanan kedua-dua lelaki berkenaan yang berusia 54 dan 51 tahun dalam ‘Ops Water’.

Azam berkata, wang dan harta berkenaan disyaki diperolehi hasil penyelewen­gan pengagihan projek pembinaan infrastruk­tur bernilai RM3.3 bilion sejak enam tahun lalu.

“Kedua-duanya yang mengendali­kan projek itu dipercayai sudah memonopoli semua projek dan diserahkan kepada adik beradik,” katanya.

Selain itu katanya, penahanan mereka juga membawa kepada penemuan wang tunai RM2.5 juta dalam salah satu daripada enam peti simpanan di pejabat timbalan pe- ngarah terbabit.

“Bagaimanap­un, SPRM hanya berjaya membuka satu peti besi berkenaan saja dan lima lagi mungkin akan dibuka esok (hari ini) selepas perlu mengikut beberapa peraturan bank,” katanya.

Azam berkata, SPRM turut merampas 127 geran tanah, puluhan jam tangan mewah, ratusan barangan kemas, 94 beg tangan berjenama milik isteri mereka dan sembilan kenderaan mewah.

Beliau berkata, antara kenderaan yang disita adalah kenderaan utiliti sukan

(SUV) Land Rover,

Audi, BMW, Ford

Ranger, Mercedes

Benz, Mazda, Volvo dan Lexus.

“SPRM yakin suspek mempunyai akaun bank di luar negara dan kami sedang melakukan siasatan mengenainy­a,” katanya.

Menurutnya, ini adalah rampasan terbesar sejak penubuhan agensi berkenaan sejak 49 tahun

lalu membabitka­n sitaan wang tunai terbanyak daripada penjawat awam. “Kami masih lagi melakukan siasatan dan akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ahli keluarga suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

Azam berkata, setakat ini, beberapa individu sudah tampil memberi kenyataan berhubung siasatan kes ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, kerajaan akan mengkaji semula sistem pengagihan kontrak untuk mengesan kelemahan yang boleh menyebabka­n rasuah dan penyelewen­gan kuasa dalam kakitangan kerajaan.

“Buat masa ini, kita menyerahka­n sepenuhnya kepada SPRM untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak berkaitan.

“Saya memberi amaran kepada pegawai kerajaan yang lain untuk sentiasa mengamalka­n integriti ketika menjalanka­n tugas sebagai penjawat awam,” katanya.

 ??  ?? AZAM (empat dari kiri) menunjukka­n wang tunai dan barangan kemas yang dirampas ketika sidang media Ops Water. PEGAWAI kanan sebuah
jabatan kerajaan di Sabah (tengah) diiring SPRM selepas
direman.
AZAM (empat dari kiri) menunjukka­n wang tunai dan barangan kemas yang dirampas ketika sidang media Ops Water. PEGAWAI kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah (tengah) diiring SPRM selepas direman.
 ??  ?? SPRMrampas
wangtunai RM115jutad­aripada pengarah,
timbalan
SPRMrampas wangtunai RM115jutad­aripada pengarah, timbalan
 ?? Azam Baki ?? Perbuatan mereka ini bukan saja menyalahi undang-undang tetapi menutup periuk nasi puluhan kontraktor lain yang tidak diberikan peluang untuk menyertai tender agensi berkenaan”
ANTARA kenderaan mewah yang dirampas SPRM bagi membantu
siasatan. WANG...
Azam Baki Perbuatan mereka ini bukan saja menyalahi undang-undang tetapi menutup periuk nasi puluhan kontraktor lain yang tidak diberikan peluang untuk menyertai tender agensi berkenaan” ANTARA kenderaan mewah yang dirampas SPRM bagi membantu siasatan. WANG...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia