Harian Metro

Tikaman di dada hingga tembus paru-paru

-

di pusat rawatan kecantikan itu seorang yang peramah.

“Dia amat menyayangi anak lelakinya kerana hubungan mereka seperti kawan baik,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Kemensah, di sini, jam 5 petang, semalam.

Kuala Lumpur: Luka kelar di leher dan kesan tikaman di dada hingga menembusi paru-paru dikesan antara punca utama menyebabka­n wanita, Halimaton Katan, 49, maut dipercayai dibunuh anaknya.

Sumber berkata, mangsa dipercayai turut ditikam di belakang badan dua kali dengan senjata tajam.

“Hasil bedah siasat, mangsa dipercayai maut akibat luka kelar di leher dan tikaman di dada menembusi paru-paru, selain dua tikaman di belakang,” katanya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu belum dapat dijalankan berikutan keadaannya tidak stabil.

“Kami belum mengambil keterangan suspek kerana dia masih dalam keadaan bingung selepas menjalani ujian saringan air kencing yang mendapati lelaki itu positif syabu dan ganja,” katanya.

Hamzah berkata, suspek tidak mengalami kecederaan akibat pergelutan dengan anggota polis yang cuba menahannya di Balai Polis Taman Bukit Indah di sini, sejurus selepas membunuh ibunya.

“Suspek di bawah pengaruh dadah ketika itu menyebabka­n dia bertindak di luar kawalan sehingga mengamuk di balai polis berkenaan dan memberitah­u dia membunuh ibunya.

“Anggota polis bergelut memandangk­an dia cuba melawan dan melibas pedang ke arah mereka,” katanya.

Suspek direman 10 hari bermula kelmarin hingga 10 Oktober ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ??
 ??  ?? CATATAN di Facebook yang menunjukka­n suspek sangat menyayangi ibunya.
CATATAN di Facebook yang menunjukka­n suspek sangat menyayangi ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia