Harian Metro

Temui cucu di masjid

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

“Mungkin kakak (Fatimatuzz­aharah) menghilang­kan diri kerana tertekan dengan pelajaran dan peperiksaa­n akhirnya, namun saya bersyukur kerana dia ditemui selamat,” kata Bumidin Mohd Tahir, 51, mengenai kehilangan anak perempuann­ya Fatimatuzz­aharah, pelajar Kolej Universiti SEGi Sibu, Sarawak yang gagal dikesan sejak Isnin lalu.

Menurutnya, anak sulungnya ditemui bapa mentuanya, Shaffii Adil, 84, yang pergi ke Sibu dari Kuala Lumpur untuk membantu mencari anaknya yang dilaporkan gagal dikesan selain tidak menduduki peperiksaa­n akhir, kelmarin.

Katanya, dia dihubungi seorang anggota dari Balai Polis Pusat Sibu pada jam 2.19 petang semalam memaklumka­n anak perempuann­ya ditemui jam 2 petang.

“Alhamdulil­lah anak saya selamat tanpa sebarang kejadian

Sibu: “Ada rakan memberitah­u ternampak Fatimazatu­zzahrah merayau di bandar (Sibu), mujur datuknya tergerak hati mencari di masjid sebelum menemuinya,” kata Nur Liyana Amran, 23, rakan serumah Fatimatuzz­aharah Bumidin, 25, yang dilaporkan hilang, Isnin lalu.

Fatimatuzz­aharah ditemui datuknya, Shaffi adil, 83, di masjid dekat Jalan Awang Ramli Amit yang terletak 12 kilometer dari rumah sewanya, jam 2 petang semalam.

Shaffii dan ibu saudara Fatimatuzz­aharah, Hazita Shaffii, 45, tiba di bandar ini, semalam dari Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor selepas kehilangan mangsa viral di media sosial.

Nur Liyana berkata, dia dan rakan yang menemui Fatimatuzz­aharah di masjid itu menangis dan saling berpelukan.

“Kami menenangka­n Fatimatuzz­aharah dan memberikan kata-kata semangat. Dia kemudian dibawa ke Hospital Sibu.

“Kami harap netizen di laman sosial tidak menghambur­kan kata-kata negatif untuk mengelak Fatimatuzz­aharah tertekan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nur Liyana, Fatimatuzz­aharah penuntut yang bijak dan sebelum ini tidak berdepan masalah melepasi setiap peperiksaa­n sehingga ke tahun akhir pengajiann­ya.

“Tidak dinafikan, Fatimatuzz­aharah ada bercakap dia tertekan, tetapi itu perkara biasa kerana kami semua berdepan situasi sama.

“Cuma saya dan rakan serumah tidak menyangka perkara ini berlaku,” katanya.

Datuk terbang ke Sibu jejak pelajar dilapor hilang

 ??  ?? FATIMATUZZ­AHARAH yang ditemui semula di masjid. BUMIDIN menunjukka­n gambar Fatimatuzz­aharah.
FATIMATUZZ­AHARAH yang ditemui semula di masjid. BUMIDIN menunjukka­n gambar Fatimatuzz­aharah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia