Harian Metro

‘Kakak mungkin tertekan’

-

„

tidak diingini dan dia ditemui datuknya sendiri yang ke Sibu bersama ipar saya dan mungkin naluri seorang datuk berjaya mencari dan menemui anak saya yang mesra dipanggil kakak.

“Kakak memang rapat dengan datuknya dan syukur juga berkat doa serta solat hajat kami, dia ditemui dalam keadaan selamat,”

katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Bumidin yang juga bilal Masjid Sultan Idris Shah ll (Masjid Negeri) berkata, sejak dari awal kehilangan anak sulung daripada tujuh beradik itu, dia sudah merasakan ia mungkin disebabkan tekanan dalam pelajaran.

“Kakak mungkin mengalami tekanan dengan peperiksaa­n akhirnya kerana jika masalah wang dia akan beritahu kami ahli keluarga selain mampu bertahan kerana sudah ada pengalaman belajar dalam keadaan serba kekurangan selama empat tahun di Universiti Zagazig, Mesir,

sebelum ini.

“Fatimatuzz­aharah memang bercita-cita menjadi doktor dan selepas pulang ke tanah air susulan pergolakan yang berlaku di Mesir pada 2013, dia meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan di Kolej Universiti SEGi dan ini tahun serta peperiksaa­n akhirnya,” katanya.

Menurutnya, dia bersama isteri akan ke Sibu pagi ini menaiki penerbanga­n terus ke Sibu jam 8.55 pagi untuk menemui anaknya dan memberikan sokongan serta menenangka­nnya.

“Terima kasih kepada semua yang membantu hingga anak saya ditemui dengan selamat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia