Harian Metro

‘Ustak Ipang’ makin tersohor

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

„ Bapa terpaksa tolak banyak undangan ceramah kerana kekangan masa

Sejak muncul di pentas bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan mendapat liputan akhbar ini, populariti ‘Ustak Mat Ipang’ semakin meningkat apabila kerap dipanggil untuk menyampaik­an ‘ceramah’.

Malah, Muhammad Irfan Yusmanizam, 6, semakin yakin dan selesa bercakap di depan orang ramai, tidak seperti kemunculan sulungnya di pentas hampir tiga minggu lalu.

Terbaru, kanak-kanak berkenaan menjadi undangan khas untuk menyampaik­an ceramah di depan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, Halina Zakaria pada Majlis Perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika dan Karnival Kemas Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kampung Telaga Batin, di sini, kelmarin.

“Ni ustak nak pesan, jangan derhaka kat mak, tak baik, nanti masuk neraka jahanam. Sekarang ni banyak sungguh kita lihat anak derhaka kat mak... anak mende (apa) gitu (begitu).

“Yang emak pula, jangan tohok (buang) anak, tak baik. Banyak sangat dengar berita mak tohok anak... mak mende itu,” antara petikan ceramah disampaika­n Muhammad Irfan, sekali gus menggamatk­an suasana dan menghiburk­an 1,000 hadirin yang datang ke majlis itu.

Bapa Muhammad Irfan, Yusmanizam Othman@Yusof, 32, mengakui anaknya sering mendapat jemputan mengadakan ceramah.

“Selepas keluar dalam Harian Metro, ramai yang panggil supaya Ipang dapat beri ceramah dan ada juga stesen radio ingin menemubual­nya.

“Bagaimanap­un, kami tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana kesibukan saya, selain Ipang yang bersekolah.

“Semalam (kelmarin) barulah dapat memenuhi undangan, itupun kerana Tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) KEMAS Kampung Baru tempat Ipang belajar turut sama menyertai program berkenaan,” katanya.

Kepetahan Muhammad Irfan berbicara dengan gaya mirip pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus walaupun baru berusia enam tahun menarik perhatian ramai apabila rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebook ibunya dikongsi netizen hingga Muhammad Irfan Yusmanizam semakin dikenali.

Kanak-kanak dari Kampung Baru, Kuala Abang itu kini seolah-olah selebriti apabila ada peminat mahu bergambar dengannya setiap kali keluar ke tempat tumpuan ramai bersama keluargany­a.

Peminat bukan hanya terdiri penduduk tempatan,

malah ada satu keluarga dari Ipoh, Perak menghubung­i keluargany­a untuk bertemu serta sanggup ke Terengganu semata-mata mahu bersemuka dengan Muhammad Irfan.

Kemampuan kanak-kanak berkenaan juga mendapat perhatian UAI apabila menjemput Muhammad Irfan tampil ke pentas ceramahnya di Kampung Batu 6, Kuala Nerus lebih dua minggu lalu, sekali gus menjadi penampilan sulungnya di pentas ceramah dakwah.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Irfan
YUSMANIZAM NUR Hidayah
MUHAMMAD Irfan YUSMANIZAM NUR Hidayah
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 17 September lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 17 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia