Harian Metro

Saida, Hafiizh diijab kabul

-

Penyanyi Saida Tarudin yang juga kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza selamat diijab kabul dengan kekasihnya, Hafiizh Che Apit Mat atau Apit dengan sekali lafaz, jam 2.40 petang semalam.

Dalam majlis akad nikah yang berlangsun­g di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras itu, Apit yang bekerja dalam perkhidmat­an pengurusan acara, kamera video dan produksi menyerahka­n mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM10,000 kepada Saida.

Majlis yang berlangsun­g dalam suasana sederhana dan tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.

Saida menerusi kenyataan media memohon maaf kerana tidak menjemput media.

“Atas permintaan keluarga termasuk anak saya, majlis ini diadakan tanpa kehadiran teman media. Banyak hati yang perlu dijaga. Apatah lagi, ini perkahwina­n kedua saya dan suami. Dengan rendah hati saya memohon maaf di atas kesulitan ini,” kata Saida.

Pasangan ini mula kenal empat tahun lalu. Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwina­n, mereka dikurniaka­n empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Apit juga mempunyai dua anak menerusi perkahwina­n terdahulu.

 ??  ?? HAFIIZH dan Saida berkenalan sejak empat tahun lalu.
HAFIIZH dan Saida berkenalan sejak empat tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia