Harian Metro

‘Tolong jangan salah ertikan maksud saya’

-

Kuala Lumpur: “Saya doakan yang terbaik buat ayah,” kata pelakon Ummi Nazeera, 26, selepas ayahnya juga ahli perniagaan, Datuk Zainulabad­in Mat Akhir, 65, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, tahun lalu.

Katanya, kenyataan dikeluarka­n tahun lalu yang bersyukur kerana ayah dipenjara disalahert­ikan oleh sesetengah pihak.

“Bukan itu maksud saya dan berlaku salah faham dalam perkara itu. Saya mengucapka­n syukur kerana kebenaran memihak kepada ibu.

“Saya terkilan kerana kenyataan disalah tafsir. Apa yang berlaku, saya tetap anak dia dan dia ayah saya. Dia juga wali kepada pernikahan saya nanti,” katanya, semalam.

Pada November tahun lalu, Hakim Norsharida­h Awang menjatuhka­n hukuman penjara 10 tahun kepada ayah Ummi selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lalu.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, hubungan dengan ayahnya tidak ada apa-apa selepas isu itu.

“Saya sayang ayah dan hargai kesusahan yang dia alami selama ini untuk membesarka­n saya,” katanya.

Selepas dua tahun terlantar akibat menderita barah tulang tahap empat, bekas gitaris kumpulan Bumiputera Rockers (BPR), Yemm C menghembus­kan

 ??  ??
 ??  ?? UMMI Nazeera
UMMI Nazeera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia