Harian Metro

Sambung di MalaysiaHA­RIAN

- Hairulazim Mahmud azimx@hmetro.com.my

„ Pelajar dilapor hilang di Perancis bakal pulang ke tanah air bersama ibu bapa

“Sakinah mungkin akan meneruskan pembelajar­annya di Malaysia selepas ini,” kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Abdul Rahim Saad.

Beliau yang turut sama dalam pertemuan Nur Sakinah dengan ibunya, Nor Halizah Ahmad dan bapanya, Naim Awang di Kedutaan Besar Malaysia di Paris, Ahad lalu berkata, mereka semua bersyukur dapat dipertemuk­an selepas insiden ‘kehilangan’ pelajar itu, baru-baru ini.

Katanya, pihak kedutaan termasuk Duta Besar Malaysia Datuk Ibrahim Abdullah dan kakitangan­nya memberikan layanan yang baik kepada mereka sebaik tiba dari tanah air.

“Semuanya sudah selesai dan Sakinah berada bersama ibu ayah tersayang di Paris,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Naim dan Nor Halizah tiba di ibu kota Perancis itu Ahad lalu selepas anak mereka dilaporkan tidak pulang ke rumah sewanya.

Pemergian mereka ke sana ditaja oleh Abdul Rahim dan mereka dijadualka­n berada di Paris selama 10 hari.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, penuntut tahun pertama Institute University of Technologi (IUT) di Roanne, Perancis, dalam jurusan kejurutera­an kimia itu dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah sewanya untuk membeli makanan kucing sejak 23 September lalu.

Bagaimanap­un Khamis lalu, Nur Sakinah selamat dan sudah pulang ke bilik kediamanny­a di Perancis.

Sebelum itu dia disedari tidak pulang oleh rakan serumahnya yang menunggu selama dua hari sebelum membuat laporan kepada Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia