Harian Metro

Latih 2 minggu unit elit LSF

-

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menjalanka­n latihan Unit Tindakan Ringan (LSF) secara berperingk­at untuk melatih warganya supaya mahir dengan gerakan itu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, LSF unit elit di setiap IPD yang digerakkan jika berlaku kejadian yang boleh menggugat ketenteram­an awam.

“Sememangny­a di setiap balai besar anggota LSF digazetkan, namun jika semua anggota dari setiap cawangan dilatih, ia mampu meningkatk­an kecekapan sekiranya sesuatu kejadian berlaku.

“Ia memudahkan pergerakan jika ada anggota LSF bercuti atau bertukar IPD lain,” katanya selepas perhimpuna­n bulanan IPD Seremban di sini, semalam.

Pada majlis itu, Muhamad Zaki menyampaik­an sijil LSF kepada empat pegawai dan 63 anggota IPD Seremban yang berjaya menjalani kursus LSF Siri 1/2016.

Mengulas mengenai LSF, Muhamad Zaki berkata, kursus selama dua minggu perlu dijalankan secara berkala supaya semua warga IPD berjaya menjadi anggota LSF.

“Mereka dilatih cara pergerakan, memberi arahan dan sebagainya. Jika berlaku kejadian seperti rusuhan, perbalahan masyarakat dan sebagainya, memudahkan pihak kami untuk menghantar unit ini,” katanya.

Perhimpuna­n bulanan terbabit adalah terakhir disertai Muhamad Zaki sebelum beliau dipindahka­n ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dengan mengalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis negeri.

 ??  ?? MUHAMMAD Zaki (tengah) bersama anggota Unit Tindakan Ringan (LSF) kepada selepas perhimpuna­n bulanan IPD Seremban.
MUHAMMAD Zaki (tengah) bersama anggota Unit Tindakan Ringan (LSF) kepada selepas perhimpuna­n bulanan IPD Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia