Harian Metro

Dua maut rempuh treler muatan getah Wajib pantul cahaya

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Jeli: Dua maut termasuk seorang warga emas apabila kereta dinaiki merempuh belakang treler muatan getah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 92, Jalan Ayer Lanas di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, Siti Norasmad Salsabila Jusoh, 24, yang duduk di sebelah kiri tempat duduk belakang dan penumpang hadapan, Zakaria Maliki, 75, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Mayat dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumika­n.

Tiga lagi mangsa yang cedera pemandu kereta dikenali Mohd Rasadi, 45, Siti Aminah Mat, 56, dan Hafizah Ibrahim, 55, dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superinten­dan Mohd Yusoff Jaafar berkata, ketika kejadian semua mangsa yang menaiki kereta Proton Saga dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Jeli.

Katanya, bagaimanap­un apabila tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa merempuh belakang treler yang berhenti di bahu jalan.

“Rempuhan kuat itu menyebabka­n dua mangsa maut manakala tiga lagi cedera,” katanya.

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menguatkua­sakan penggunaan pemantul cahaya bagi semua kenderaan perdaganga­n bermula 1 Januari tahun depan dalam usaha mengurangk­an insiden kemalangan maut.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Nadzri Siron berkata, perkara berkenaan ditetapkan Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai dan mana-mana kenderaan perdaganga­n yang gagal berbuat demikian berdepan denda maksimum RM300.

Menurutnya, pemantul cahaya yang digunakan kenderaan perdaganga­n juga perlu mematuhi piawaian SIRIM dan ia diletakkan di tiga sisi iaitu kiri, kanan

„ JPJ laksana peraturan untuk kenderaan perdaganga­n bagi elak nahas

dan belakang.

“Buat masa ini, hanya dua produk pemantul cahaya mendapat pengiktira­fan daripada SIRIM QAS Internatio­nal serta memenuhi piawaian iaitu 3M Malaysia Sdn Bhd dan Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn Bhd.

“Justeru, pengguna dan pemilik kenderaan perdaganga­n mempunyai pilihan untuk menggunaka­n mana-mana jenis produk yang diiktiraf dan pihak JPJ hanya mewajibkan penggunaan pemantul cahaya yang memenuhi piawaian MS828:2011 sahaja,” katanya selepas taklimat bersama persatuan berkait pengangkut­an darat dan logistik di sini, semalam.

Beliau berkata, penggunaan pemantul cahaya yang diiktiraf pada kenderaan perdaganga­n mampu dilihat pengguna lalu lintas lain sejauh 400 meter pada waktu malam.

“Malah, penggunaan­nya boleh bertahan sehingga tujuh tahun berbanding pemantul cahaya yang tidak mematuhi piawaian, ia hanya boleh dilihat jarak 100 meter dan semakin pudar apabila dibasuh.

“Harga bagi pemantul cahaya yang diiktiraf ini bermula RM65 hingga RM80 bergantung kepada saiz dan ia boleh didapati di Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) dan pengedar dilantik pihak pembekal,” katanya.

Dalam pada itu, Nadzri berkata, berdasarka­n rekod sehingga kini, dianggarka­n lebih 18 juta kenderaan berdaftar di negara ini dengan 1.2 juta kenderaan perdaganga­n.

“Banyak kemalangan yang berlaku turut membabitka­n kenderaan berat pada waktu malam apabila ia berhenti di tepi jalan atau lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

“Ketiadaan pemantul cahaya ini turut meningkatk­an kemalangan termasuk maut jadi, ini usaha JPJ untuk mengurangk­an kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) berhubung penjualan pemantul cahaya tidak diiktiraf serta tidak mematuhi piawaian.

 ??  ?? PEMANDU yang tersepit menunggu untuk diselamatk­an.
PEMANDU yang tersepit menunggu untuk diselamatk­an.
 ??  ?? NADZRI
NADZRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia