Harian Metro

BERLARI KE SURAU Dua pelajar diberi kaunseling

- Norasikin_daineh@hmetro.com.my

Tawau

“Kejadian berlaku dengan pantas, saya lihat helikopter terkena pada bucu bangunan sekolah sebelum jatuh ke bumbung dewan. Saya tersungkur ketika besi bumbung jatuh di kepala namun tidak menyedari darah keluar selain tidak merasa sakit kerana ketika itu, saya berlari ke arah surau untuk menyelamat­kan diri”.

Demikian kata Jaswin Jasmin, 16, pelajar yang cedera apabila helikopter

Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di sini, jam 9.05 pagi kelmarin.

Kejadian turut

Tawau: Dua pelajar yang trauma akibat insiden helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di sini, kelmarin akan diberi kaunseling bagi memulihkan semula semangat mereka untuk kembali bersekolah.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesi kaunseling berkenaan akan dijalankan oleh pihak sekolah.

Pada masa sama, ketika melawat sekolah berkenaan semalam, beliau turut meluangkan masa kira-kira setengah jam berbual dengan Jaswin Jasmin, 16, yang cedera dalam kejadian itu.

Ia turut dihadiri ahli keluarga Jaswin serta Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Datuk Maimunah Suhaibul. menyebabka­n juruterban­g, Kapten Ahmad Zaim Ahmad Fuad parah akibat tersepit manakala 12 lagi anggota tentera termasuk sembilan

“Kementeria­n akan memberi dana kecemasan bagi membolehka­n pembaikan segera dilakukan terhadap kerosakan bangunan sekolah.

“Kerja penilaian akan dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas pihak TUDM selesai melakukan siasatan dan membawa keluar helikopter. Laporan penilaian kerosakan dijangka dibuat JKR minggu depan sebelum diserahkan kepada Kementeria­n Pendidikan,” katanya.

Menurut Mahdzir, peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) di sekolah berkenaan yang bermula minggu depan akan diteruskan.

“Seramai 317 pelajar akan menduduki PT3 dan ia akan diteruskan kerana dewan peperiksaa­n tidak terjejas dalam kejadian ini,” katanya. anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) cedera ringan.

Lapan pelajar sekolah berkenaan, tiga daripadany­a perempuan, yang dikatakan terkena serpihan runtuhan dewan turut dibawa ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar.

Seorang pekerja pembersiha­n cedera ringan dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tawau.

„ Mangsa insiden Nuri terhempas selamatkan diri selepas besi bumbung jatuh di kepala

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia