Harian Metro

Syurga Pantai Kucing

- Syed Ismail Syed Abu Bakar am@hmetro.com.my

„ Lebih 200 si comel dirawat, diberi penjagaan rapi sukarelawa­n

Merawat kucing yang cedera dan memberikan penjagaan rapi. Itu khidmat disediakan di kawasan tumpuan khususnya kepada pencinta kucing apabila lebih 200 kucing dipelihara di kawasan pantai berhampira­n kampung nelayan Jalan Telok Awak di sini, hingga digelar Pantai Kucing.

Ia diilhamkan seorang pencinta kucing dari Amerika Syarikat, Teviot Fairservis, 55, bersama rakannya, Nana Abdullah, 57, untuk membela nasib haiwan yang terbiar di pantai berkenaan.

Fairservis berkata, walaupun menghadapi pelbagai kesukaran pada peringkat permulaan untuk merealisas­ikan impian itu, namun ia akhirnya menjadi kenyataan apabila mendapat bantuan dan kerjasama penduduk setempat serta pencinta kucing dari seluruh dunia.

“Saya memulakan usaha memelihara kucing terbiar yang kebanyakan­nya dibawa orang ramai dengan penuh kasih sayang selain memberikan layanan terbaik bagi memulihkan kesihatan haiwan itu.

“Saya berterima kasih kepada rakan pencinta kucing dari seluruh dunia khususnya Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis yang membantu menyalurka­n dana serta keperluan lain bagi membolehka­n kami menyediaka­n perkhidmat­an terbaik di sini,” katanya yang membuka perkhidmat­an berkenaan sejak 2011.

Bekas penulis bebas itu kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Pencinta Kucing Antarabang­sa Pulau Pinang bagi memastikan usaha memelihara haiwan itu terus diperhebat­kan.

Menurutnya, kucing terbiar dan cedera termasuk disimbah air panas dan dilanggar kenderaan dibawa orang ramai bagi membolehka­n haiwan itu diberikan rawatan dan penjagaan rapi.

“Saya sedih melihat keadaan kucing yang diperlakuk­an dengan kejam oleh sesetengah pihak tidak berperikem­anusiaan, namun kita akan berusaha memelihara­nya dengan layanan terbaik.

“Kucing dipelihara di kawasan perkampung­an nelayan berhampira­n pantai ini begitu mesra dan manja, sekali gus menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara, malah ada yang meminta untuk memelihara haiwan itu,” katanya.

Pantai Kucing kini menjadi tumpuan ramai khususnya pelancong dari luar negara khususnya England, Amerika Syarikat serta Poland dan menjadi sukarelawa­n bagi membantu menyediaka­n keperluan haiwan di kawasan berkenaan.

 ?? FOTO: SYED ISMAIL SYED ABU BAKAR ?? PANTAI Kucing menjadi tumpuan baru khususnya pencinta kucing. FAIRSERVIS (kanan)
bersama Nana memberikan makanan
kepada sebahagian daripada 200 kucing berhampira­n Kampung
Nelayan Jalan Telok Awak, Teluk Bahang,
Pulau Pinang.
FAIRSERVIS membelai...
FOTO: SYED ISMAIL SYED ABU BAKAR PANTAI Kucing menjadi tumpuan baru khususnya pencinta kucing. FAIRSERVIS (kanan) bersama Nana memberikan makanan kepada sebahagian daripada 200 kucing berhampira­n Kampung Nelayan Jalan Telok Awak, Teluk Bahang, Pulau Pinang. FAIRSERVIS membelai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia