Harian Metro

Pusat jagaan diarah tutup

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmeetro.com.my

„

Sebuah pusat jagaan orang tua di Klebang, di sini, diarah tutup lima hari bermula semalam, selepas pemilik yang juga penjaga pusat itu didapati melakukan kekasaran terhadap seorang penghuni wanita berusia 70-an.

Pengerusi Jawatankua­sa Wanita, Pembanguna­n Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, arahan penutupan itu dibuat selepas pusat jagaan persendiri­an terbabit didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) biarpun beberapa kali diminta berbuat demikian sejak lebih setahun lalu.

“Saya menerima gambar dan video daripada seseorang dua hari lalu (tiga hari) dan mengarahka­n JKM menghantar pegawainya dan difahamkan pemeriksaa­n dilakukan semalam (kelmarin).

“Pemeriksaa­n pertama mendapati daripada segi kebersihan tiada masalah, malah warga emas (wanita) ditampar juga dalam keadaan baik serta sedang minum air milo.

“Cuma saya terkilan apabila berlaku kejadian menampar seperti diviralkan menerusi media sosial,” katanya ketika ditemui di Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home di Klebang, di sini, semalam.

Menurutnya, lebih mengecewak­an kerana beliau sendiri beberapa kali melawat pusat jagaan terbabit dan meminta pengusahan­ya berdaftar dengan JKM.

“Saya faham sukar untuk menjaga orang tua apa lagi dengan dua pekerja menjaga 18 orang tua termasuk yang terlantar, tapi saya sendiri menasihatn­ya supaya bersabar dan tidak menggunaka­n kekerasan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JKM negeri Burhanuddi­n Bachik berkata, pengusaha pusat terbabit berusia 56 tahun yang juga pelaku dalam video diviralkan memukul wanita warga emas berusia 70-an, tertakluk kepada tindakan polis.

 ??  ?? LATIFAH (dua dari kiri) dan Burhanuddi­n (kiri) beramah mesra bersama penghuni rumah jagaan orang tua-tua di Klebang.
LATIFAH (dua dari kiri) dan Burhanuddi­n (kiri) beramah mesra bersama penghuni rumah jagaan orang tua-tua di Klebang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia