Harian Metro

Ramai puji Sultan, TMJ

- Mohd Sabran sab@hmetro.com.my

„

Keikhlasan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan dua anakanda baginda mencemar duli memenuhi impian pesakit kulit genetik Epidermoly­sis Bullosa, Muhammad Hazrel Mikhail Hizar, 5, terus mendapat pujian rakyat berbilang bangsa.

Pujian itu disuarakan rakyat susulan perkongsia­n video berdurasi tiga minit ketika baginda bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar mengunjung­i kediaman kanak-kanak itu kelmarin.

Menerusi laman Johor Southern Tigers itu, video bertajuk ‘DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Johor DYAM Tunku Mahkota Johor Berkenan Melawat Penyokong Cilik JDT, Adik Hazreel’ terus mendapat perhatian ramai sejak kelmarin.

Pemerhatia­n sehingga jam 3.45 petang semalam mendapati video yang memaparkan keberangka­tan tiba Sultan Ibrahim bersama dua anakanda baginda ke Blok B, Rumah Pangsa Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam mendapat 17,000 ‘like’, selain 6,771 perkongsia­n.

Seorang pemilik akaun FB menggunaka­n nama Amy Don memuji sikap keluarga Diraja Johor itu dengan menggambar­kan ia sebagai akhlak Rasulullah SAW.

“Antara layanan baik Rasulullah kepada kanak-kanak ialah baginda suka menggembir­akan mereka.

“Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak. Kita perlu mencontohi Rasulullah,” katanya.

Akhbar ini semalam menyiarkan impian Muhammad Hazreel Mikhail Hizar untuk menemui Tunku Ismail tertunai apabila menerima kunjungan putera raja itu di rumahnya, kelmarin.

Lebih mengejutka­n Muhammad Hazreel dan keluargany­a, Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli ke rumah mereka pada jam 10 pagi.

Ibu Muhammad Hazreel, Noor Halimaton Hashim, 35, berkata, dia terharu apabila hasrat anak bongsunya tercapai.

“Sebagai ibu, saya bersyukur kepada Allah kerana hasrat Muhammad Hazreel akhirnya tertunai apabila dapat bertemu dengan idolanya, Tunku Ismail kerana dia adalah peminat setia pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya.

Pekerja hotel itu berkata, Sultan Ibrahim menunjukka­n keprihatin­annya dengan mengambil berat berkaitan Muhammad Hazreel dan bertanyaka­n keadaan kesihatann­ya dalam kunjungan setengah jam itu.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia